Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jaimie Alexander Kembali Sebagai Lady Sif Dalam “Thor: Love and Thunder” …. “Loki”?


Deadline melaporkan bahawa Jaimie Alexander (Thor: Blindspot) secara rasmi sertai barisan pelakon Thor: Love and Thunder, meneruskan kembali watak kegemaran peminat sebagai Lady Sif, yang kali terakhir muncul dalam MCU menerusi filem Thor: The Dark World (2013).

Dia menyertai barisan pelakon yang terdiri daripada Chris Hemsworth (Avengers: Infinity War; Avengers: Endgame) sebagai God of Thunder, bersama-sama Tessa Thompson (Avengers: EndgameThor: Ragnarok) sebagai Valkyrie, pemenang Academy Award Natalie Portman (ThorAvengers: Endgame) sebagai Jane Foster, Christian Bale (The Dark Knight; Ford v Ferrari) sebagai Gorr the God Butcher, Taika Waititi (Thor: RagnarokJojo Rabbit) sebagai Korg, Chris Pratt (Guardians of the GalaxyJurassic World: Dominion) sebagai Star-Lord, dan Vin Diesel (Fast & FuriousGuardians of the Galaxy) sebagai Groot.

Selain penampilannya dalam sekuel Thor: Ragnarok, Jaimie Alexander juga mungkin membuat kemunculan dalam siri Disney+ Loki, yang akan menyatukannya dengan Tom Hiddleston (The Avengers; Thor: Ragnarok).

Produksi Thor: Love and Thunder dijadualkan bermula pada bulan depan di Australia, dengan Taika Waititi kembali di kerusi pengarah. Pengarah Jojo Rabbit itu juga turut bertindak sebagai penulis skrip bersama Jennifer Kaytin Robinson (Some Great).

Thor: Love and Thunder akan ditayangkan dipawagam 6 Mei 2022. 



Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee