Berita

Jaimie Alexander Beri ‘Hint’ Bahawa Dia Akan Kembali Ke MCU Sebagai Lady Sif

Views

Pada awalnya, Marvel Studios dilihat mempunyai perancangan besar untuk karakter Lady Sif lakonan Jaimie Alexander. Karakter tersebut menjadi antara yang penting dalam filem Thor  dan Thor: Dark World, malah pernah muncul dalam siri televisyen Agents of S.H.I.E.L.D., Namun selepas itu, karakter Lady Sif hilang dari MCU tanpa sebarang khabar berita (secara realiti, Jaimie Alexander mempunyai komitmen untuk siri NBC, Blindspot).

Adakah Alexander akan kembali ke MCU?

Dalam temuramah terbaru yang pertama kali muncul di laman Reddit, Alexander ditanya sama ada dia benar-benar boleh menunggang kuda sambil menggunakan pedang. Dia menjawab “Ya, suatu masa dahulu saya dapat melakukannya, dan saya mungkin perlu melakukannya semula pada masa akan datang,” dia kemudiannya menambah “Jadi, semoga saya tidak kehilangan bakat itu.”

Apabila penemuramah bertanya kepada pelakon tersebut mengenai apa yang akan dilakukannya dimasa hadapan, dia menjawab, “mungkin akan dipaksa berhenti jika saya benar-benar memberitahu apa yang saya lakukan dimasa akan datang, jadi saya tidak boleh memberitahu kamu, tetapi terima kasih kerana bertanya lagi.”

Kedengaran seperti Marvel Studios memintanya agar untuk berahsia. Untuk info, terdapat spekulasi bahawa pihak studio mahu Alexander kembali meneruskan wataknya sebagai Sif, sama ada untuk siri Loki ataupun Thor: Love and Thunder.  

Seperti biasa, ia masih diperingkat awal untuk disahkan, kita hanya perlu bersabar sedikit masa lagi untuk mengentahui kebenaran samada Lady Sif akan kembali ke MCU ataupun tidak!.

Tinggalkan Balasan

shares