Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jaimie Alexander Akan Kembali Sebagai Lady Sif Dalam Filem Thor: Love And Thunder


Sebagai salah seorang rakan seperjuangan Thor dalam dua filem awal, ketiadaan Lady Sif dalam filem Thor: Ragnarok dan Avengers: Endgame menimbulkan persoalan dan kekecewaan dikalangan peminat.

Ketiadaannya dalam filem terdahulu bukanlah disebabkan disisih oleh Marvel Studios, sebaliknya ia berpunca kepada masalah jadual penggambaran pelakonnya, Jaime Alexander yang pada ketika itu sedang memberi komitmen pada siri televisyen Blindspot.

Dalam perkembangan terbaru, laman We Got This Covered memberikan sedikit berita gembira kepada peminat-peminat Marvel terutamanya yang meminati francais Thor. Alexander dikhabarkan akan kembali membawakan wataknya sebagai Lady Sif dalam Thor: Love and Thunder, dan karakter akan memainkan peranan penting dalam membantu Jane dan Valkyrie melindungi New Asgard.

Kali terakhir Lady Sif membuat penampilan dalam dunia sinematik MCU menerusi filem Thor: The Dark World pada tahun 2013. Watak itu kemudiannya membuat kemunculan dalam beberapa episod Agents of S.H.I.E.L.D. pada tahun yang sama.

Namun, kesibukan jadual penggambaran pelakonya, Lady Sif tidak muncul dalam MCU. Kevin Feige pernah memberikan sebab ketiadaannya dalam MCU dimana dia telah dihalau keluar dari Asgard oleh Loki – yang ketika itu menyamar sebagai Odin – kerana bimbang dia akan mencabar taktha Odin.


Besar kemungkinan, ketiadaann Lady Sif dalam Thor: Ragnarok dan Avengers: Endgame akan diperjelaskan dalam filem Thor: Love and Thunder yang akan ditayangkan pada 5 November 2021. Chris Hemsworth, Tessa Thompson dan Natalie Portman akan kembali meneruskan watak masing-masing dengan Taika Waititi sebagai pengarah.

Teruja dengan kepulangan Lady Sif dalam MCU? Kongsikan pendapat anda.


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee