Berita

Jada Pinkett Smith Dalam Rundingan Untuk Kembali Bawakan Watak Niobe Dalam Filem The Matrix 4

Views

Pelakon Jada Pinkett Smith dilaporkan sedang dalam rundingan dengan Warner Bros. untuk kembali memainkan peranannya sebagai Niobe dalam filem The Matrix 4.

Dia memainkan watak sebagai juruterbang pasukan pemberontak dalam filem The Matrix Reloaded, dan The Matrix Revolutions, serta memainkan watak proantagonis dalam permainan video Enter the Matrix dan pernah membuat penampilan dalam permainan atas talian The Matrix Online.

Smith akan menyertai barisan pelakon yang terdiri daripada Yahya Abdul-Mateen II, Neil Patrick Harris serta dua pelakon asal iaitu Keanu Reeves dan Carrie-Anne Moss.

Produksi filem dijangka bermula seawal tahun hadapan, Lana Wachowski akan bertindak selaku pengarah serta penulis skrip bersama-sama dua lagi penulis iaitu Aleksander Hemon dan David Mitchell. Setakat ini plot filem masih belum diketahui, dan dipercayai akan bersambung dari filem The Matrix Revolutions yang ditayangkan pada 2003.

Trilogi Matrix yang terdiri daripada The Matrix, The Matrix Reloaded dan The Matrix Revolutions telah berjaya meraih $1.6 billion dolar seluruh dunia. Ketiga-tiga filem tersebut ditulis dan diarahkan oleh Lana dan adiknya, Lilly Wachowski dan dibintangi Reeves dan Moss.

BACA:  Gambar Belakang Tabir Filem Terbaru Jumanji 2017

Warner Bros. Pictures dan Village Roadshow Pictures akan menerbitkan dan mengedarkan filem ini seluruh dunia. Buat masa ini tarikh tayangan The Matrix 4 masih belum didedahkan pihak studio

Tinggalkan Balasan

shares