Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jacob Tremblay & Awkwafina Semakin Hampir Membintangi Filem ‘Live Action’ Little Mermaid


Bintang filem Wonder, Jacob Tremblay dan Awkwafina dilaporkan kini sedang berbincang dengan studio Disney untuk membintangi filem ‘live action’ terbaru berjudul Little Mermaid. 

Jika perbincangan berjaya, Tremblay akan memain peranan Flounder, rakan baik Ariel, yang juga merupakan seekor ikan, manakala Awkwafina akan memainkan peranan Scuttle. Mereka berdua akan menyertai Melissa McCarthy, yang kini sedang dalam fasa perbincangan untuk bawakan watak penjahat, Ursula

Filem tersebut akan diarahkan pengarah filem Mary Poppins Returns, Rob Marshall berdasarkan skrip yang ditulis David Magee (Life of Pi, Mary Poppins Returns). Disney juga telah mengambil penulis lagu Lin-Manuel Miranda dan Alan Menken untuk mengabungkan musikal versi lamadan baru dalam filem filem ‘remake’ itu nanti. Kedua-dua penulis lagu itu pernah bergabung dalam filem Mary Poppins Returns. 

Filem animasi The Little Mermaid pernah ditayangkan pada tahun 1989 dan berjaya mengutip lebih $22 juta dolar seluruh dunia dan banyak terjual dalam versi ‘home video’. Animasi tersebut berdasarkan kisah dongeng dari Denmark tulisan Hans Christian Andersen yang menceritakan puteri ikan duyung bernama Ariel yang sanggup meninggalkan dunianya dilaut untuk menjadi manusia.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee