Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jackie Chan Datang Ke Malaysia

Sumber: Hollywoodreporter.com

Pemenang anugerah Oscar, Datuk Jackie Chan bakal menemui peminat-peminatnya di Malaysia sekali lagi!

Bintang aksi itu akan datang ke sini untuk mempromosikan filem terbarunya berjudul “Kung Fu Yoga”.

Jackie Chan akan terlibat sama dalam “Kung Fu Yoga” Star Tour yang akan berlangsung pada Sabtu, 21 Januari.

Turut terbabit dalam jelajah itu adalah barisan pelakon lain seperti bintang Bollywood, Disha Patani dan Amyra Dastur, serta jurulatih yoga Muqimiya dan pengarah Stanley Tong.

Star Tour tersebut akan bermula dengan sidang media di The Majestic Hotel Kuala Lumpur, sebelum barisan pelakon bergerak ke Pavilion Kuala Lumpur untuk kemunculan bertemakan ala-ala Bollywood di GSC Pavilion KL pada pukul 6pm.

Set pengambaran Kung Fu Yoga – asianmoviepulse.com

Pada pukul 7pm, barisan pelakon dan pengarah “Kung Fu Yoga” akan tampil pada Tayangan Perdana di GSC Pavilion KL.

Selepas itu, mereka akan ke lokasi 1Utama Shopping Centre pula dengan bertemakan Tahun Baru Cina lengkap dengan persembahan tarian singa dan majlis ‘lou sang’ pada pukul 8pm.

Bakal ditayangkan pada Tahun Baru Cina, “Kung Fu Yoga” akan menyaksikan penonton terhibur dengan aksi komedi Jackie Chan sebagaimana dia dalam pencarian harta karun di serata dunia – Iceland, Abu Dhabi dan juga India.

“Kung Fu Yoga” akan menemui penonton pada 27 Januari, bagaimanapun bagi mereka yang tidak sabar hendak menonton Jackie Chan di layar perak, boleh tonton ‘sneak preview’ pada 26 Januari ini.

Sumber: Cinema Online Malaysia

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment