Tarikh Tayangan: 21 Oktober 2016
Genre: Aksi
Pengarah: Edward Zwick
Penulis Skrip: Richard Wenk, Edward Zwick, Marshall Herskovitz
Pelakon: Tom Cruise, Cobie Smulders
Syarikat Produksi: Skydance Media, TC Productions
Edaran: Paramount Pictures
Apa yang anda akan lakukan apabila dituduh melakukan pekara yang tidak anda lakukan seperti dituduh membunuh, mengintip dan belot terhadap negara sendiri? Itulah yang berlaku pada Jack Reacher (Tom Cruise) dan Mejar Susan Turner (Cobie Smulders) apabila dituduh melakukan pengintipan dan pembunuhan dalam filem sekual terbaru Jack Reacher: Never Go Back
Filem kedua Jack Reacher ini telah mula ditayangkan pada 21 Oktober yang lalu dan sejak ianya mula ditayangkan, Jack Reacher: Never Go Back telah menerima reaksi-reaksi berbeza dari pengkritik filem aksi
Kisah Jack Reacher ini bermula selepas 4 tahun dari kisah dari filem pertama Jack Reacher. Jack cuba membantu Mejar Susan Turner yang tuduh menjalankan aktiviti pengintipan dan menjual rahsia negara kepada pihak musuh.
Penangkapan Mejar Susan disebabkan tindakannya menyiasat konspirasi sebuah organisasi yang mengambil kontrak kerajaan untuk menjalankan aktiviti jenayah semasa di Afghanistan.
Jack merasa curiga dengan penangkapan tersebut telah cuba untuk menyiasat sendiri kerana ingin mengetahui sebab penahanan tersebut. Beliau telah pergi berjumpa peguam yang mewakili Mejar tersebut iaitu Kolonel Moorcroft untuk menyiasat dengan lebih lanjut.
Semasa berjumpa dengan peguam berkenaan, Jack mendapat tahu yang dia mempunyai anak berusia 15 tahun. Disebabkan pelik kerana dikatakan mempunyai anak, dia mula menyiasat latarbelakang remaja tersebut yang dikatakan anaknya.
Bagaimanapun, selepas berjumpa peguam terbabit buat kali kedua, Kolonel Moorcroft tersebut telah dijumpai mati dan Jack dituduh membunuh peguam terbabit. Demi membersihkan nama dan membongkar konspirasi yang berlaku terhadap Susan Turner, Jack telah bertindak nekad menyelamatkan Mejar Susan dan menjadi buruan organisasi yang ingin membunuhnya dan juga buruan pihak tentera kerana melarikan diri dari penjara.
Selepas melarikan diri dari penjara, Jack dan Susan mula menyiasat segala organisasi tersebut. Apabila Jack mendapat tahu, remaja yang dikatakan anaknya turut diburu oleh mereka, Jack dan Susan terpaksa menyelamat dan menjaga remaja berkenaan dari dibunuh oleh pihak terbabit.
Secara keseluruhannya filem lakonan Tom Cruise ini padat dengan aksi berlawan antara hero dan penjahat. Jalan cerita juga tidak terlampau berat dan straight foward. Bayangkan anda seperti menonton aksi dari filem Mission Imposible cuma kurang sedikit berbanding dari filem Tom Cruise yang terkenal itu.
Jadi kepada peminat filem aksi dan peminat Tom Cruise khususnya, Jack Reacher: Never Go Back sangat tidak mengecewakan. Ia mampu mengelakkan mata anda dari tidur atau memandang ke tempat lain.