Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

J Revolusi Review

J Revolusi

Genre: Aksi

Pengarah: Zulkarnain Azhar

Pelakon: Zul Ariffin, Izara Aishah, Nur Fazura, Farid Kamil, Azad Jazmin, Iedil Putra

Edaran: Infinitus Productions & Grand Brilliance

Tarikh Tayangan: 2 Mac 2017

Durasi: 1 Jam 4o minit

*artikel ini mengandungi minor spoiler 

Diperangkap dan dituduh bersekongkol dengan penganas, hanya satu cara untuk bebas daripada tuduhan dan memburu penjahat bagi membersihkan nama dan menyelamatkan orang yang tersayang, itulah gambaran ringkas mengenai filem aksi tempatan terbaru, J Revolusi.

Filem arahan Zulkarnain Azhar boleh dikatakan filem aksi yang baik dari segi plot filem dan aksinya sendiri. Kami rasa berbaloi apabila menontonnya walaupun pada mulanya risau, J Revolusi sebuah filem yang indah khabar dari rupa.

Kami suka dengan plot filem ini yang begitu details dan flow yang kemas bermula dari insiden Dian (Lakonan Fazura) diculik sehinggalah plot twist di pertengahan cerita, cuma babak penghujung sahaja yang terlampau simple. Kami tidak puas melihat pertarungan diantara Andra (Farid Kamil) dan Jay (Zul Arifin) dan juga pertempuran diantara skuad Unit Tindakan Khas (UTK) polis dan penganas PTO. Terlampau terburu-buru mahu ditamatkan, jika pertarungan antara Jay dan Andra lebih panjang dan pertempuran lebih dramatik diantara UTK dan Penganas, kami jamin filem ini lebih sukses dan mendapat rating yang tinggi dari kalangan peminat.

Zul Arffin sebagai Jay dalam filem J Revolusi

Walaupun filem ini menampilkan skuad UTK, ianya lebih menunjukan perjuangan Jay dalam menyelesaikan misinya sendiri iaitu memburu Andra dan menyelamatkan kakaknya, Dian. Apabila diperhatikan perjalanan filem, ia kelihatan seperti filem lakonan Tom Cruise, iaitu Mission Impossible, cuma ia tidak se “details” dan segempak filem berkenaan.

Kita boleh lihat Jay dengan bantuan rakannya Skodeng (Azad Jasmin) dan Eddie (Izara Aisyah) menggunakan teknologi dan kepakaran espionage mereka dalam memburu Andra dan menyeludup masuk ke markas penganas.

Farid Kamil Membawa watak Andra dalam filem J Revolusi

Lakonan para pelakon juga boleh dikira memuaskan. Kami suka gaya Farid Kamil melakonkan watak antagonisnya, lakonan Zul Arifin tidak mengecewakan walaupun suka mengawal aksi machonya. Azad Jasmin pula boleh dianggap pak lawak dalam filem ini, tetapi beberapa scene lawaknya tidak kena dengan situasi dan mood beberapa babak penting. Harap dia tidak lakukan apabila berlakon dalam filem Polis Evo 2 nanti.

Cuma apa yang kami kurang berpuas hati mengenai filem J Revolusi ialah editing sesetengah babak tembak menembak yang tidak realistik dan kelakar, malah kesan kecederaan pula sangat tak sempurna dan tak real, seperti dibuat oleh special efek amatur. Cuma babak Jay membuang peluru pada bahu sahaja berjaya membuatkan kami geli sedikit.

Salah Satu Babak filem J Revolusi

Dialog pula sedikit skema terutamanya dan mendatar walaupun sedang dalam keadaan tegang. Mungkin jika filem J Revolusi 2 dibuat, mereka boleh lebihkan dialog yang lebih bersahaja dan simple supaya mudah difahami penonton terutamanya apabila babak-babak yang melibatkan aksi UTK. Tidak semua penonton tahu apa itu “Tango” “kawasan hijau” dan sebagainya.

Secara keseluruhanya, filem J Revolusi adalah filem aksi tempatan yang baik dan wajib ditonton peminat-peminat filem tempatan. Cuma jika filem ini mempunyai sekuel, diharap mereka dapat menghasilkan filem dengan lebih baik dan berhati-hati terutamanya kesan-kesan khas dan dialog yang diucapkan oleh pelakon.

Rating: 7/10

Related posts

Review Filem: Shazam! Fury Of The Gods (2023)

Kakimuvee

Review Filem: John Wick: Chapter 4 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Imaginur (2023)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Ant-Man and the Wasp: Quantumania (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Fabelmans (2022)

Kakimuvee

Review Filem: Harum Malam (2023)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment