Trivia

J.J. Abrams Jelaskan Apa Yang Finn Mahu Memberitahu Pada Rey Dalam The Rise of Skywalker

AMARAN SPOILER!!

Views

Walaupun Skywalker Saga telah disimpulkan, J.J. Abrams meninggalkan beberapa plot yang tergantung dalam filem Star Wars: The Rise of Skywalker, termasuklah butiran mengenai apa yang ingin diberitahu oleh Finn (John Boyega) kepada Rey (Daisy Ridley).

Bagaimanapun persoalan tersebut kini terjawab apabila pengarah dan penulis itu mendedahkan apa yang dia mahu beritahu kepada Rey.

AMARAN! ARTIKEL INI MENGANDUNGI SPOILER BESAR STAR WARS: THE RISE OF SKYWALKER. 

Diawal filem, Finn, Rey, Poe, Chewie, dan C-3P0 telah menuju ke Pasaana untuk mencari petunjuk bagi menjejaki lokasi persembunyian Emperor Palpatine. Bagaimanapun kehadiran mereka disedari First Order dan mereka mula diburu. Selepas babak kejar-mengejar yang begitu mendebarkan, kesemua mereka telah terperangkap dalam pasir jerlus. Menyedari bahawa mereka semua akan mati, Finn cuba memberitahu sesuatu kepada Rey, namun tidak sempat dan mereka semua telah ditelan.

Sudah tentu, hero tidak akan mati awal - kesemua mereka sebenarnya hanya terjatuh dalam terowong bawah tanah. Pada waktu itu Poe mula bertanya kepada Finn, apa yang dia ingin beritahu kepada Rey, tetapi Finn enggan memberi jawapan.

Pertanyaan Poe kemudiannya menjadi babak lucu sepanjang filem tanpa memberi sebarang solusi, dan penonton mula tertanya-tanya apakah niat Finn sebenarnya, adakah dia ingin menyatakan perasaan cintanya terhadap Rey atau memberitahu tentang pekara lain.

Dalam sesi soal balas bersama peminat selepas tayangan filem Star Wars: The Rise of Skywalker, Abrams mendedahkan, Finn sebenarnya ingin memberitahu Rey bahawa dia dapat merasai 'Force', seperti yang diisyaratkan pada penghujung filem ketika Rey mati selepas bertarung dengan Palpatine.

Finn yang pada waktu itu berada dalam kapal Millennium Falcon, telah menunjukkan perasaan sedih kerana mengentahui rakannya itu telah mati walaupun tidak dapat melihatnya secara fizikal.

Jelas Abrams lagi, ia turut berkait dengan filem The Force Awakens dimana Finn mendedahkan dia menggunakan 'Force' untuk mencari Rey dan mengawal Starkiller Base, dimana Han Solo kemudiannya mempertikaikan bahawa itu bukan cara 'Force' berfungsi.

Star Wars: The Rise of Skywalker kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks