Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

J.J. Abrams Ingin Mencari Pelakon Lebih Muda Untuk Watak Superman

Minggu lalu, penerbit dan pembikin filem, J.J. Abrams telah menandatangani kontrak yang cukup lumayan bersama Warner Bros., dan sehubungan dengan itu pihak studio telah memberi kebebasan kepada Abrams untuk menghasilkan beberapa filem adiwira DC dan menguruskan dunia sinematik mereka.

Dalam perkembangan terbaru, bekas pengarah Star Wars: A Force Awakens itu dikatakan sedang merancang untuk hasilkan sebuah filem Superman, namun yang tidak menyedapkan, filem tersebut bukanlah sekuel kepada Men of Steel lakonan Henry Cavill.

Menurut laporan dari We Got This Covered (via Cosmic Book News), pihak studio dikhabarkan ingin menghasilkan semula penggembaraan Clark Kent dalam dunia sinematik DCEU, dan antara pelan yang dirancangkan adalah mencari pelakon yang lebih muda watak Clark Kent.

Laporan itu turut menyebut, Warner Bros. tidak mahu Superman kelihatan lebih tua dari Batman. Robert Pattinson kini sudah berusia 33 tahun, manakala Henry Cavil berusia 36 tahun, dan jika filem terbaru Superman mula dihasilkan, berkemungkinan umur Cavil hampir mencecah 40 tahun. Jadi mereka mahu mencari pelakon dalam usia seawal 30 tahun untuk watak Superman.

Tidak dipastikan kenapa mereka ingin pelakon yang lebih muda dari pelakon The Batman, mungkin ingin menghasilkan filem ‘crossover’ dimasa akan datang? apapun, setakat ini ia masih dianggap khabar angin kerana masih belum disahkan oleh pihak studio.

Kepada peminat-peminat Superman, adakah patut Henry Cavill diganti atau dikekalkan. Kongsikan pendapat anda.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment