Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

J.J. Abrams Dilapor Telah Memulakan Projek Filem ‘Superhero’ Untuk Warner Bros.


Khabar angin sedang bertiup kencang di kem Warner Bros. Laporan terbaru dari laman Comicbookmovie.com (via podcast My Mom’s Basement”) mendedahkan, bekas pengarah Star Wars: A Force Awaken, J.J. Abrams dikatakan telah memulakan sebuah projek filem Superhero untuk studio Warner Bros.

Butiran lanjut masih lagi tidak diketahui, tetapi difahamkan filem tersebut akan melibatkan adiwira yang menggunakan “cape”.

“I hope the new Warner Bros. deal leads to more stuff, maybe someone with a cape. We’ll see. That’s a hint.”

Sebelum ini terdapat laporan yang mengatakan Warner Bros. telah menawarkan tiga buah filem untuk dipilih J.J. Abrams sebagai projeknya bersama pihak studio. Filem-filem tersebut melibatkan reboot Justice League, Superman dan Green Lantern Corps.

Jika projek melibatkan adiwira “yang menggunakan cape” bermaksud filem Superman, ia mungkin sesuatu yang agak menarik.


Setakat ini, nasib filem Superman masih lagi tidak diketahui, tetapi berdasarkan perancangan terbaru Warner Bros. dan Abrams (masih dianggap khabar angin), Superman berkemungkinan akan di’reboot’ dan pelakon baru yang lebih muda mungkin akan dicari bagi menggantikan pelakon sekarang iaitu Henry Cavill.

Apapun kita nantikan perkembangan tentang projek Abrams bersama Warner Bros.

Abrams menerusi syarikat penerbitannya, Bad Robot telah menjalinkan kerjasama perniagaan bernilai jutaan bersama WarnerMedia. Selaku penerbit dan pengarah, Abrams mungkin menjadi tunjang belakang buat Warner Bros. dalam menghidupkan kembali dunia sinematik adiwira mereka.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee