You are here Home » J.J. Abrams Beri ‘Hint’ Kemunculan Semula The Emperor Dalam Filem The Rise Of Skywalker

J.J. Abrams Beri ‘Hint’ Kemunculan Semula The Emperor Dalam Filem The Rise Of Skywalker

Nampakya ‘bau-bau’ kemunculan semula The Emperor dalam filem terakhir Skywalker Saga, Star Wars: The Rise of Skywalker semakin kuat. Pengarahnya, J.J Abrams telah memberikan ‘hint’ kepada peminat agar bersedia dengan segala kemungkinan dalam filem terbaru Star Wars itu nanti.

“I will say that that’s part of what the story is, and also, I will say that with the Emperor around, he’s not going to be your, you know, the cuddly pal,”

“I can’t wait for you to see how that plays out, but he’s in the poster for a reason.”

Selain itu juga, Daisy Ridley yang memainkan peranan Rey turut berkongsi pandangannya mengenai kemunculan semula The Emperor.

“He’s the biggest baddie in Star Wars history. Now that we’ve done the story, I’m like, it couldn’t have happened any other way, It had to be that. But he’s very instrumental to the plot of the film. It’s not just like he appears again; it’s all explained.”

BACA:  Ludi Lin Bakal Bintangi Filem Mortal Kombat

Sejak poster terbaru Star Wars: The Rise of Skywalker didedahkan kepada umum, peminat mula berteori mengenai kemunculan semula penjahat utama dalam Skywalker Saga itu selepas wajahnya jelas terpampang dalam poster terbaru tersebut.

Agak menarik ‘comeback’ yang cuba dibuat oleh J. J. Abrams. Kemunculan semula The Emperor mungkin dapat menjawab segala persoalan yang diutarakan peminat mengenai dua filem terakhir Star Wars terutamanya mengenai Supreme Leader Snoke.

Star Wars: The Rise of Skywalker dibintangi Daisy Ridley, Adam Driver, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong’o, Domhnall Gleeson, Kelly Marie Tran, Joonas Suotamo, dan Billie Lourd. Mereka akan disertai beberapa pelakon baru seperti Naomi Ackie, Richard E. Grant dan Keri Russell.

Selain itu juga, pelakon asal francais Star Wars iaitu Mark Hamill (Luke Skywalker), Anthony Daniels (C-3PO), dan Billy Dee Williams (Lando Calrissian) turut menyertai barisan pelakon lain. Watak Leia Organa yang dilakonkan oleh mendiang Carrie Fisher juga akan berada dalam filem akan datang dengan menggunakan footage yang tidak digunakan dari filem Star Wars: The Force Awakens.

Diarahkan oleh J. J. Abrams dan ditulis sendiri oleh J.J bersama Chris Terrio, Star Wars: The Rise of Skywalker dijangka akan menemui penonton pada 20 Disember 2019

Loading...