Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

J.J. Abrams Akan Bangunkan Projek Justice League Dark

Syarikat penerbitan milik J.J. Abrams, Bad Robot dipertanggugjawabkan oleh Warner Bros, untuk bangunkan projek komik DC, Justice League Dark. Projek tersebut mungkin meliputi pembikinan filem dan siri televisyen. Setakat ini tiada projek lain yang dikatikan dengan Bad Robot.

Ketua filem Bad Robot, Hannah Minghella dan ketua Televisyen Ben Stephenson kini telah mengaturkan pertemuan dengan beberapa penulis untuk projek karakter supernatural DC itu.

Pada tahun lalu, Bad Robot telah menandatangani perjanjian eksklusif bersama Warner Bros. pada tahun lalu untuk menguruskan beberapa harta intelek DC. Abrams juga terlibat dalam projek siri sains fiksyen Demimonde untuk HBO. Setakat ini tidak diketahui sama ada Abram akan mengarahkan projek Justice League ataupun tidak.

Komik Justice League Dark membuat debut pada era DC yang baru iaitu New 52 pada 2011. Pasukan superhero paranormal itu menampilkan beberapa karakter popular DC seperti John Constantine, Swamp Thing, Zatanna, Frankenstein, Deadman, Madame Xanadu dan The Phantom Stranger.

Karakter Constantine telah diangkat ke layar perak pada 2005 yang dibintangi pelakon Keanu Reeves. Constantine juga turut membuat penampilan dalam siri televisyen dan animasi. Sementara itu Swamp Thing memiliki dua filem iaitu pada tahun 1982 berjudul Swamp Thing arahan Wes Craven dan The Return of Swamp Thing, arahan Jim Wynorski pada tahun 1989.

Related posts

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

OKU Pendengaran, Lauren Ridloff Kongsi Cabaran Di Set Penggambaran “Eternals”

Kakimuvee

Pengarah Andy Serkis Yakin, Venom Akan Bertemu Spider-Man Satu Hari Nanti

Kakimuvee

Siri Live-Action “She-Ra” Kini Sedang Dalam Pembangunan Awal Di Amazon

Kakimuvee

Tonton Trailer Pertama “Hawkeye”, Akan Tayang Di Disney+ Hotstar 24 November Ini

Kakimuvee

Leave a Comment