
Sejak akhir-akhir ini, banyak ‘Instafamous’ atau “influencer’ telah terlibat dalam projek drama atau filem, tetapi kehadiran mereka dalam dunia hiburan tidak dihiraukan atau dipertikaikan, sehinggalah seorang pelakon terkenal tanah air mula berkata mengenai penglibatan kumpulan itu dalam industri drama dan filem.
Memetik laporan mStar, Izara Aishah mempersoalkan tindakan stesen TV yang lebih memilih kumpulan itu untuk dijadikan pelakon disebabkan bayaran yang lebih murah
“Instagram famous banyak jadi pelakon. TV semakin tiada bajet sebabkan Covid-19 ke?” tulis Izara menerusi laman Twitter miliknya pada Rabu.
Instagram famous banyak jadi pelakon. Tv semakin no budget because of covid is it?
— Madame Izara (@IzaraAishah) March 17, 2021
Apa yang dikatakan Izara mungkin ada benarnya. Isu pengikut media sosial sudah lama diperkatakan pelakon senior dan berbakat tempatan. Rata-rata mereka pernah menyuarakan isu mengenai tindakan “stesen tv yang hanya mementingkan pelakon yang memiliki jumlah pengikut ramai, berbanding bakat berlakon itu sendiri”.
Melihat kepada situasi pandemik COVID-19, tidak mustahil stesen TV beralih kepada ‘instafamous’ atau ‘influencer’ kerana kekangan bajet, tetapi sekiranya masih berlarutan dan stesen TV atau mana-mana produksi lebih mementingkan jumlah pengikut berbanding bakat lakonan, tidak mustahil industri kreatif tempatan akan terus mundur dan dipinggirkan penonton.