Slot AsiaTrivia

Itaewon Class Antara Drama Korea Menarik Bulan Februari Ini

Views

Bulan Januari telah pun meninggalkan kita, kini Februari pula bakal memberikan beberapa drama Korea menarik buat kaki-kaki K-Drama. Jika anda meminati Park Seo Joon, jangan lupa saksikan drama terbarunya, Itaewon Class yang telah memulakan tayangan 31 Januari yang lalu. Nak tahu drama apa yang menarik apda bulan ini? mari lihat senarai yang kami kongsikan dibawah.

1. Forest (KBS2)

  •  Tayangan bermula 29 Januari 2020
  •  Rabu & Khamis
  • Lakonan Park Hae Jin, Jo Bo Ah

Kang San-Hyeok (Park Hae-Jin) adalah ahli bomba dari pasukan penyelamat khas 119. Dia kacak dan pandai, tetapi dia tidak ingat zaman kanak-kanaknya. Jung Young-Jae (Jo Bo-Ah) adalah pakar bedah.

Kang San-Hyeok dan Jung Young-Jae bertemu di hutan misteri. Walaupun mereka tidak mahu, mereka mesti hidup bersama di hutan misteri tersebut.

2. Itaewon Class (JTBC)

  • Tayangan bermula 31 Januari 2020
  • Jumaat & Sabtu
  • Lakonan Park Seo Joon, Kim Da Mi, Yoo Jae Myung

Adaptasi dari webtoon popular, Itaewon Class.

Itaewon Class mengisahkan tentang sekumpulan anak muda yang degil dan berani yang dibesarkan dalam persekitaran yang mementingkan darjat. Tempat tinggal mereka di kawasan kejiranan Itaewon, Seoul di mana mereka mengusahakan bisnes makanan.

Drama ini mengisahkan Park Sae Roy (Park Seo Joon) yang bertungkus lumus mengusahakan bisnes makanan di Itaewon selepas kematian ayahnya yang mengetuai sebuah syarikat besar dalam industri makanan.

3. Say What You Saw (OCN)

  • Tayangan bermula 1 Februari 2020
  • Sabtu & Ahad
  • Lakonan Jang Hyuk, Sooyoung

Mengisahkan seorang lelaki yang merupakan profiler jenayah yang genius tetapi panas baran, dia bekerjasama dengan seorang detektif wanita, Cha Soo-Young (Sooyoung). Cha Soo Young mempunyai kebolehan istimewa iaitu kebolehan mengingati dengan terperinci segala apa yang dilihatnya. Mereka mengejar pembunuh bersiri yang mana dianggap telah mati tetapi pembunuh itu sebenarnya masih hidup.

BACA:  Rumah Yang Menyimpan Misteri Menakutkan, Saksikan Filem Seram RUMAH KENTANG: THE BEGINNING 27 Februari Ini

4. My Holo Love (Netflix)

  • Tayangan 7 Februari 2020
  • Lakonan Yoon Hyun Min, Ko Sung Hee

So-Yeon (Ko Sung-Hee) mempunyai masalah mengecam muka. Oleh keraana itu, dia menjarakkan dirinya dari orang lain. So-Yeon menjadi juruuji beta untuk hologram AI Holo (Yoon Hyun-Min).

Sementara itu, Nan-Do (Yoon Hyun-Min) adalah pencipta AI Holo. Nan-Do mempunyai penampilan fizikal yang sama dengan AI Holo, tetapi keperibadiannya berbeza.

5. The Cursed (tvN/Netflix)

  • Tayangan bermula 10 Februari 2020
  • Isnin & Selasa
  • Lakonan Sung Dong Il, Uhm Ji won

Im Jin-Hee (Uhm Ji-won) adalah wartawan yang membuat liputan kes jenayah ganas yang melibatkan Forest, syarikat IT terbesar di Korea Selatan. Pengerusi Forest adalah Jin Jong-Hyun (Sung Dong Il) yang sangat bergantung pada shamanisme.

Semasa siasatannya, Im Jin-Hee mengetahui yang syarikat Forest ini bergantung kepada mak esah untuk memajukan syarikat. Ketika cuba untuk mengungkap rahsia di sebalik Forest, Im Jin-Hee bertemu dengan So-Jin. Dia dirasuki oleh semangat dan dia mempunyai kebolehan istimewa iaitu menyantau orang sehingga mati hanya dengan menulis nama mereka dalam Hanja (abjad Cina) serta menggunakan gambar dan barangan peribadi mereka.

6. Hyena (SBS)

  • Tayangan bermula 21 Februari 2020
  • Jumaat & Sabtu
  • Lakonan Ju Ji Hoon, Kim Hye Soo

Hyena mengisahkan peguam persendirian/peribadi yang sangat kompetitif yang hanya bekerja untuk orang² kaya. Peguam Jung Geum Ja (Kim Hye Soo) melanggar sempadan undang-undang, etika dan rasuah, tidak peduli sama ada adil ke tak adil. Jung Geum Ja ibarat seekor “dubuk” yang mengejar kejayaan dan wang tidak kira apa yang diperlukan. Berbekalkan kelangsungan hidup yang kuat dalam lingkungan masyarakat yang pentingkan diri sendiri, dia bertahan dengan segala-galanya.

BACA:  Deleted Scene INFINITY WAR Paparkan Vision Merobek Jantung Corvus Glaive

Yoon Hee Jae (Joo Ji Hoon) adalah peguam elit yang berjaya. Yakin dengan kebolehannya, dia memiliki keperibadian yang angkuh tetapi bijak dalam menyelesaikan segala tugasannya. Menggunakan kemahirannya untuk “melindungi” orang² kaya dari kesalahan mereka serta pakar dalam memutarbelitkan undang-undang untuk memenuhi keperluan mereka.

7. Hi Bye Mama (tvN)

  • Tayangan bermula 22 Februari 2020
  • Sabtu & Ahad
  • Lakonan Kim Tae-Hee dan Lee Kyu-Hyung

Drama berelemen fantasi ini tentang kisah antara suami dan isteri. Kim Tae-Hee membawa watak sebagai si isteri Cha Yoo-Ri, yang meninggal dalam kemalangan jalan raya dan kembali ke pangkuan suami dan anaknya sebagai hantu selama 49 hari. Cha Yoo-Ri cuba untuk menjadi manusia kembali. Lee Kyu-Hyung sebagai suaminya, Jo Kang-Hwa. Jo Kang-Hwa bekerjaya sebagai pakar kardiotorasik.

8. If the Weather Is Good I’ll Find You (JTBC)

  • Tayangan bermula 24 Februari 2020
  • Isnin & Selasa
  • Lakonan Park Min Young, Seo Kang Joon

Park Min Young sebagai Mok Hae Won, seorang wanita biasa tanpa sebarang ciri istimewa selain pandai bermain cello sejak kecil. Beliau menggunakan kemahiran itu untuk melangkah ke dunia profesional, tetapi ini hanya mengakibatkan kesakitan dan kehilangan kepercayaan. Beliau kemudian memutuskan untuk berpindah ke sebuah bandar di Wilayah Gangwon, tempat dia tinggal ketika dia masih kecil.

Watak Seo Kang Joon sebagai Im Eun Seob, menguruskan kedai buku kecil di kampung halaman Mok Hae Won. Beliau menjalani gaya hidup yang mudah, memulakan hari dengan membaca buku sambil minum kopi dan membuat blog untuk kedai buku beliau. Kehidupannya sedikit berubah apabila Hae Won memasuki hidupnya.

Tinggalkan Balasan

shares