Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

IT: Chapter Two Sasar Kutipan $110 Juta Dolar Pada Minggu Pembukaan

Semasa IT ditayangkan pada 2 tahun yang lalu, ia telah melangkaui jangkaan para penganalisis apabila berjaya meraih $123 juta dolar pada minggu pertama tayangannya, sekaligus menjadi filem seram ‘r-rated’ yang paling sukses pada tayangan pembukaan.

Melihat kepada prestasi yang lalu, filem sekuel IT: Chapter Two dijangka mampu mengulangi kejayaannya pada tahun ini. Menurut laporan dari Variety, penganalisis meramalkan, kutipan filem sekuel tersebut akan sekitar $95 juta hingga $110 juta dolar pada tayangan minggu pembukaan.

Walaupun sasaran yang ditetapkan mereka sedikit rendah dari kutipan sebenar filem pertama, mereka tidak menolak IT: Chapter Two meraih kutipan lebih dari yang disasarkan.

Filem pertama yang diterbitkan pada 2017 yang lalu $700 juta dolar seluruh dunia, sekaligus menjadi filem seram ‘r-rated’ paling laris setakat ini.

Sekuel kali ini ditulis oleh Gary Dauberman manakala Andy Muschietti sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengarahkan sekuel selepas beliau berjaya mengarahkan filem pertama IT. 

IT: Chapter Two mengisahkan tentang ahli kumpulan “The Losers’ Club” yang sudah dewasa, kembali ke kampung halaman mereka iaitu Derry, Mine. Tujuan mereka kembali adalah untuk menghentikan serta menamatkan keganasan yang dilakukan badut Pennywise sepertimana mereka lakukan 27 tahun dahulu.

Aktor James McAvoy, Jessica Chastain, Bill Hader, Isaiah Mustafa, Jay Ryan, James Ransone, dan Andy Bean akan membawakan watak ahli kumpulan The Losers’ Club yang telah dewasa.

Manakala Jaeden Lieberher, Sophia Lillis, Finn Wolfhard, Chosen Jacobs, Jeremy Ray Taylor, Jack Dylan Grazer, dan Wyatt Oleff akan kembali membawakan watak masing-masing dalam sekuel kali ini, iaitu ahli The Losers’ Club ketika kanak-kanak. Bill Skarsgård seperti biasa, meneruskan wataknya sebagai Pennywise.

IT Chapter Two akan menemui penonton pada 5 September 2019.

Related posts

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Kakimuvee

Leave a Comment