Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

IT: Chapter Two Kuasai Carta Box Office, Catat $185 Juta Dolar Seluruh Dunia


Walaupun kutipan domestik minggu pembukaan kurang dari 25% dari kutipan filem pertama IT (2017), filem sekuel IT: Chapter Two masih mampu mencatatkan kutipan yang cukup memberangsangkan. Dipasaran domestik Amerika Syarikat, filem seram tersebut menepati ramalan penganalisis apabila berjaya meraih $91 juta dolar, manakala dipasaran antarabangsa, kutipan minggu pembukaan telah mencecah $94 juta dolar, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $185 juta dolar.

Berikut adalah senarai kutipan minggu pembukaan filem seram ‘r-rated’ yang dikeluarkan laman Box Office Mojo.

  • 1. IT $123.4 million
  • 2. It Chapter Two $91 million
  • 3. Halloween (2018) $76.2 million
  • 4. Us $71.1 million
  • 5. The Nun $53.8 million
  • 6. Paranormal Activity 3 $52.6 million
  • 7. The Conjuring $41.9 million
  • 8. Paranormal Activity 2 $40.7 million
  • 9. Friday the 13th (2009) $40.6 million
  • 10. The Conjuring 2 $40.4 million

Faktor yang menyumbang kepada ketidakupayaan IT: Chapter Two untuk mengatasi filem pertama disebabkan kritikan bercampur-campur dari para pengkritik profesional. Satu lagi faktor disebabkan tempoh durasi tayangan yang agak panjang iaitu 2 jam 49 minit, 30 minit lebih lama dari filem IT 2017.

Sementara itu, filem terbitan Lionsgate dan Millennium, Angel Has Fallen berjaya menambah $6 juta lagi pada minggu lalu, menjadikan jumlah kutipan keseluruhan mencecah $53.46 juta.

Untuk filem-filem lain, filem terbitan Universal Pictures Good Boys telah mengumpul $82.4 juta dolar seluruh dunia manakala The Lion King berjaya menambah $17.5 juta dolar seluruh dunia untuk menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $1.599 billion dolar.



Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee