Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

IT: Chapter Two Kekal Kuasai Carta Box Office AS


Filem terbaru terbitan Warner Bros. dan New Line Cinema, IT Chapter Two terus terapung di carta box office Amerika Syarikat apabila berjaya menambah $40.73 juta dolar, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $153.8 juta dalam tempoh 10 hari tayangannya. Namun kutipan tersebut jauh dibelakang filem pertama yang mencatatkan $218 juta bagi tempoh yang sama.

Dipasaran antarabangsa, IT: Chapter Two menambah $47 juta dolar menjadikan jumlah terkumpul untuk pasaran antarabangsa sebanyak $169.5 jut. Jika dicampurkan, IT: Chapter Two telah mengumpul $323.3 juta dolar seluruh dunia.

Tangga kedua carta box office AS diduduki filem terbitan STXfilms, Hustlers yang mencatatkan kutipan sebanyak $33.23 juta dolar. Filem lakonan Jennifer Lopez dan Constance Wu itu dihasilkan dengan modal pembikinan sebanyak $20 juta dolar. Hustlers akan ditayangkan di Malaysia pada 19 September ini

Sementara itu, filem adaptasi novel The Goldfinch bakal menjadi sebuah lagi filem yang gagal apabila hanya mampu meraih $2.64 juta dipasaran domestik AS sejak ia ditayangkan pada minggu lalu. Filem tersebut dihasilkan dengan modal pembikinan sebanyak $40 juta dolar.a

Berikut adalah kutipan terkini filem-filem Hollywood.


  • The Lion King – $1.671 billion
  • Once Upon A Time in Hollywood – $329 juta
  • Angel Has Fallen – $94.5 juta dolar
  • Good boys – $91.6 juta

Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee