Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

IT Chapter Two Bakal Memaparkan Babak Baru Yang Ditulis Sendiri Oleh Stephen King

Lebih kurang satu bulan sahaja lagi sebelum filem sekuel IT Chapter Two ditayangkan kepada penonton. Bagi yang pernah membaca novel IT tulisan novelis terkenal Stephen King, pasti akan dapat merasai satu dua babak dalam filem yang berbeza dari novel asal.

Ia disebabkan terdapat babak baru yang diolah sendiri oleh penulis novel itu sendiri. Ketika ditemubual majalah Total Film baru-baru ini, pengarah Andres Muschietti mendedahkan, terdapat beberapa babak dalam filem telah ditulis sendiri oleh Stephen King.

Menurutnya lagi, Stephen King gembira selepas membaca draf pertama IT Chapter Two, dan mencadangkan penambahan beberapa babak baru dalam filem tersebut.

“It was absolutely huge,” “For me, it would be unthinkable when I was 12 or 13.” 

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai babak baru itu tidak didedahkan Muschietti, dan mungkin peminat yang membaca novel asal dapat menangkap perbezaan diantara filem dan novel.

Sekuel kali ini menyaksikan ahli kumpulan “The Losers’ Club” yang sudah dewasa, kembali ke kampung halaman mereka iaitu Derry, Mine. Tujuan mereka kembali adalah untuk menghentikan serta menamatkan keganasan yang dilakukan badut Pennywise sepertimana mereka lakukan 27 tahun dahulu.

IT Chapter Two telah diklasifikasikan sebagi “R-rated” dan akan berdurasi selama 2 jam 45 minit. Filem seram ini dijangkan akan menemui penonton pada 6 September 2019.

Related posts

Foto Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Beri Pandangan Pertama Christian Bale Sebagai ‘Gorr the God Butcher’

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Spider-Man: No Way Home” Dedah Pertemuan Spidey & Doctor Strange Di Sanctum Sanctorum

Kakimuvee

“Jungle Cruise” Kutip $90 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Leave a Comment