Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

IT: Chapter 2: Gambar Belakang Tabir Kumpulan “The Losers Club”

Filem seram IT: Chapter 2 telahpun memulakan penggambaran mereka di Toronto. Bagi mewar-warkan kepada peminat tentang penggambaran filem tersebut, laman Twitter rasmi IT Movie telah memuatnaik gambar berkumpulan ahli “The Losers Club” yang kini sudah dewasa.

Gambar belakang tabir itu menunjukkan kemesraan dan keserasian para pelakon filem IT: Chapter 2. Anda boleh lihat bertapa gembirannya mereka dalam gambar dibawah.

Dari kiri :- Jessica Chastain (Beverly), James McAvoy (Bill), Isaiah Mustafa (Mike), Jay Ryan (Ben), James Ransone (Eddie), Bill Hader (Richie) dan Andy Bean (Stan). 

Sekuel kali ini menyaksikan ahli kumpulan “The Losert Club” yang sudah dewasa, kembali ke kampung halaman mereka iaitu Derry, Mine. Tujuan mereka kembali adalah untuk menghentikan serta menamatkan keganasan yang dilakukan badut Pennywise sepertimana mereka lakukan 27 tahun dahulu.

It: Chapter 2 ditulis oleh Gary Dauberman manakala Andy Muschietti sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengarahkan sekuel selepas beliau berjaya mengarahkan filem pertama It. Selain itu juga, Bill Skarsgård akan turut kembali membawa watak Pennywise.

Related posts

Poster Terbaru “Godzilla Vs. Kong” Previu Pertarungan Epik Tahun Ini!

Kakimuvee

Warner Bros. Rancang Filem “Harry Potter and the Cursed Child”?

Kakimuvee

Filem Terbaru “Star Trek” Akan Ditulis Kalinda Vazquez

Kakimuvee

Manga “Hellsing” Diangkat Ke Filem Dari Pencipta John Wick & Amazon Studios

Kakimuvee

Pandangan Pertama Jane Foster & Valkyrie Di Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

“F9: The Fast Saga” Ditunda Lagi”

Kakimuvee