
Peminat The Walking Dead akan dapat bertemu dengan isteri sebenar Negan, Lucille dalam ‘episod tambahan’ The Walking Dead musim ke-10.
Menurut laporan ComicBook.com, watak Lucille akan dilakonkan Burton Morgan, isteri sebenar pelakon watak Negan, Jeffrey Dead Morgan, dan kemunculannya dalam episod akan datang atas kapasiti ‘bintang jemputan.’
Been pretty hard to keep this a secret. 💕
— Hilarie Burton Morgan (@HilarieBurton) November 3, 2020
But I love working with @JDMorgan . I love watching him become #Negan and take on that swagger. And I love the @TheWalkingDead family. They’ve been a part of our family for ages and I’m so grateful for their kindness. Xoxo #hereslucille https://t.co/9tRh7NB8WY
Lucille seringkali disebut dalam siri AMC itu, tetapi ia tidak ditunjukkan kepada penonton. Isteri Negan telah mati sebelum malapetaka zombi, dan kayu baseball Negan dipanggil Lucille, sempena nama isterinya.
The Walking Dead akan berakhir pada musim ke-11 (24 episod), dan enam episod tambahan musim ke-10 kini sedang dihasilkan dan akan menemui penonton pada awal 2021.