Berita

Isabela Merced Sertai Jason Momoa Dalam Filem Netflix Terbaru Berjudul "Sweet Girl"

Views

Isabela Merced (Sebelum ini dikenali sebagai Isabela Moner) dilaporkan menyertai Jason Momoa (Aquaman) dalam filem Netflix terbaru berjudul Sweet Girl dengan memainkan watak utama sebagai anak kepada karakter Momoa.

Aktres remaja tersebut sebelum pernah muncul dalam filem Dora and the Lost City of Gold dengan memainkan watak utama, dan dia juga pernah terlibat dalam filem Transformers: The Last Knight, Instant Family dan Sicario: Day of the Soldado. Merced juga akan muncul dalam satu lagi filem Netflix berjudul Let It Show yang akan ditayangkan pada 8 November ini.

Sweet Girl akan mengisahkan tentang suami yang ingin mencari individu yang telah menyebabkan kematian isterinya dan dalam masa yang sama melindungi anak perempuannya.

Filem tersebut ditulis oleh Gregg Hurwitz dan Phillip Eisner, manakala Brian Adrew Mendoza akan bertindak selaku pengarah. Mendoza dan Momoa sebelum ini pernah bekerjasama dalam filem Braven dan rancangan Netflix, Frontier.

Setakat ini, tarikh tayangan Sweet Girl masih belum didedahkan.

shares
Enable Notifications    Ok No thanks