Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Iron Man Concept Art Dedahkan Suit Mark I Yang Tidak Pernah Ditunjukkan Kepada Umum

Setiap kali kita menonton filem-filem Marvel yang mempunyai karakter Iron Man, pasti penonton disajikan sut-sut terbaru dan moden yang dipakai oleh Tony Stark. Bermula dari filem Iron Man dan terbaru, Spider-Man: Homecoming, banyak teknologi baru telah dibangunkan oleh Tony Stark terhadap sut Iron Man.

Yang terbaru, kita nanti bakal melihat sutnya yang lebih canggih dalam filem akan datang, The Avengers: Infinity War yang akan dikeluarkan tahun hadapan.

Tapi pernahkah anda melihat sut pertama Iron Man yang dicipta oleh Tony Stark? seorang pereka artis yang bekerja untuk Marvel, Ryan Meinerding telah mendedahkan konsep artis sut pertama Iron Man untuk filem pertama Iron Man yang diterbitkan pada tahun 2008.

Konsep artis sut Iron Man yang juga dikenali sebagai Mark I menunjukkan Tony Stark tidak dilindungi sepenuhnya dengan armor dan kelihatan lebih kepada meningkatkan keupayaan abiliti manusia biasa. Sut tersebut juga dilihat berbeza dari apa yang ditunjukkan dalam filem Iron Man yang pertama dahulu.

Kini, selepas hampir 10 tahun sejak kemunculan pertamanya, teknologi sut Iron Man dilihat semakin hebat dan gambar terbaru di set pengambaran The Avengers: Infinity War turut mendedahkan Tony Stark memasang balik reaktor pada dadanya. Agaknya bagaimana rupa dan kekuatan yang ada pada sut Tony Star dalam filem Infinity War? mesti sangat “powerfull” bukan?

 

Related posts

Trailer Penuh “Hitman’s Wife’s Bodyguard” Pasti Buatkan Korang Terhibur

Kakimuvee

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee