Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Iqram Dinzly Mohon Maaf Gelar Rasulullah Dengan Nama Che Mat

Pelakon yang kini sedang dilanda kontroversi, Iqram Dinzly hari ini memohon maaf diatas kata-katanya yang menggelarkan Rasulullah dengan nama Che Mat. Kata-kata Iqram dirakam semasa menjadi tetamu sebuah rancangan hiburan pada Ahad yang lalu dan telah menjadi buah mulut netizen.

Tindakan Iqram bukan sahaja menyinggung perasaan umat Islam yang lain, malah mendapat respond dari Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary yang mahu Jabatan Agama Islam mengambil tindakan ke atas Iqram kerana gelaran itu boleh dianggap satu penghinaan terhadap Rasulullah SAW.

Dalam satu temu bual yang disiarkan menerusi sesi Facebook Live portal Sinar Harian selepas kejadian itu, Iqram meminta maaf sambil menjelaskan dia tidak pernah terniat untuk merendahkan apatah lagi menghina Nabi Muhammad SAW.

Iqram, mendedahkan, perbuatannya berpunca daripada kelalaiannya akibat kurang tidur, selain rasa gementar apabila muncul dalam program yang disiarkan secara langsung.

“Sebelum program itu bermula, memang saya agak kelam kabut. Saya bertolak dari Perak dalam keadaan tidak cukup tidur, dan sebelum sampai ke stesen televisyen itu, tayar kereta saya pula pecah.

“Perkataan itu terkeluar tanpa sengaja dan apabila sedar, saya cepat-cepat perbetulkannya semula.

“Tiada niat langsung untuk menghina junjungan besar kita yang mulia,” kata Iqram.

Nama Iqram dipalit kontroversi selepas kerap tampil dengan aksi pelik di laman sosial sejak kebelakangan ini, malah turut dikaitkan dengan masalah psikologi.

Sumber: Astro Awani

Related posts

Tayangan Perdana ‘Take CTRL’ Siri Asli Komedi Keluarga Di Astro

Kakimuvee

Astro Beri Akses Tontonan Percuma Untuk Semua Saluran Filem & Korea Mulai 29 Januari – 6 Februari 2022

Kakimuvee

VIVO Melancarkan ‘Shout it Out’, Filem Pendek Terinspirasi Berdasarkan Kisah Benar Seorang Atlet Para Yang Tekad

Kakimuvee

Kehadiran Elizad Sharifuddin & Iqram Dinzly Suntik Kelainan Dalam Drama “Hati Yang Dikhianati”

Zulaikha

WeTV Malaysia Mempersembahkan Siri Original Pertamanya, VILLA KRISTAL

Zulaikha

Filem Terbaru Adrian Teh “The Assistant” Akan Ditayangkan Mac Ini, Saksikan Trailer & Poster Rasmi Pertama Disini

Kakimuvee

Leave a Comment