Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

iQiyi Umumkan Enam Siri Asli Korea dan Filipina


Crazy Love
Crazy Love. Kredit foto: iQiyi

iQiyi, peneraju penstriman hiburan Asia, mengumumkan pada hari ini tentang susunan rancangan antarabangsa terkininya, termasuk empat produksi asli Korea baharu, dua produksi asli Filipina, serta kandungan eksklusif baharu dari Thailand dan Malaysia, di Asian Contents and Film Market 2021.

Semasa tayangan maya, Kuek Yu-Chuang, Naib Presiden Perniagaan Antarabangsa iQiyi, berkata, “Beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah menyaksikan trend yang amat positif yang mana terdapat peningkatan di dalam jumlah penonton antarabangsa yang menonton lebih banyak kandungan Asia. Sebagai peneraju dalam penstriman global dari Asia dengan jangkauan global, iQiyi akan menggandakan pelaburannya untuk memperkenalkan kandungan premium pan-Asia ke mata dunia. Kami merasa teruja untuk memainkan peranan yang penting bagi mengangkat kandungan Asia ke hadapan, dengan bekerjasama dengan para karyawan dan pelakon-pelakon terbaik dari Korea dan Filipina untuk membawakan kisah-kisah yang asli kepada penonton-penonton kami di 191 wilayah.” 

Produksi Asli Pertama dari Asia Tenggara

Saying Goodbye diterajui oleh Andrea Brillantes dan Seth Fedelin, yang mana lakonan mereka sebagai pasangan skrin di dalam drama TV Kadenang Ginto berjaya mendapat sambutan hebat di Filipina. Dua bintang ini bakal digandingkan sekali lagi untuk menghidupkan watak-watak baharu yang bakal menawan hati jutaan peminat “SethDrea”. Saying Goodbye adalah sebuah kisah yang meraikan kehidupan tanpa mengira cabaran yang mendatang.

Saying Goodbye
Kredit foto: iQiyi

Ia mengisahkan Ricky dan Elise, satu pasangan yang tidak mungkin bersama tetapi disatukan oleh minat mereka terhadap muzik dan pengembaraan.Dalam usahanya untuk meningkatkan lagi kandungan katalog Asia Tenggaranya, iQiyi telah bekerjasama dengan ABS-CBN, salah sebuah syarikat media dan hiburan utama di Filipina untuk menerbitkan dua siri asli Filipina untuk tontonan antarabangsa. Dua siri tersebut yang berjudul Saying Goodbye dan Hello, Heart, menampilkan pelakon-pelakon hebat Filipina dan merupakan siri asli tempatan iQiyi yang pertama di rantau Asia Tenggara.


Hello, Heart
Hello, Heart
kredit foto: iQiyi

Hello, Heart bakal dibintangi oleh pelakon serba boleh Gigi De Lana, yang terkenal dengan bakat lakonan dan juga video muzik viralnya yang telah mencapai jutaan tontonan, bersama pelakon pemenang anugerah, Gerald Anderson. Siri komedi romantik ini mengisahkan Heart, seorang gadis yang cantik, lincah dan rajin tetapi selalu ditimpa nasib malang – sehinggalah dia bertemu dengan “lucky charm” atau pembawa tuahnya, Saul. Saul, seorang lelaki yang tidak beremosi mengupah Heart untuk menyamar sebagai isterinya bagi menggembirakan neneknya yang sudah nyanyuk.

Tayangan perdana global bagi Saying Goodbye dan Hello, Heart telah dijadualkan pada tahun ini dengan eksklusif di iQiyi International.

Empat Produksi Asli Korea yang Akan Datang pada tahun 2022

Crazy Love
Crazy Love
Kredit foto: iQiyi

Crazy Love mengisahkan seorang CEO pusat tuisyen genius Matematik (lakonan Kim Jae-wook) menerima ancaman bunuh dan cuba mencari pelaku tersebut dengan berpura-pura hilang ingatan. Dia juga sanggup memalsukan perkahwinannya dengan setiausahanya yang introvert, Lee Shin Ah (lakonan Krystal Jung), yang juga mengidap penyakit membawa maut. Cinta yang mencemaskan tetapi manis mula berputik di antara mereka berdua. Siri drama ini diarah oleh Kim Jung Hyun, pengarah yang sama dalam siri drama romantik-misteri yang popular, Awaken, dan diterbitkan bersama studio utama Story Hunter Productions.

Us At One Point diterbitkan oleh GTist, sebuah syarikat produksi drama yang pernah menerbitkan banyak siri popular seperti Hometown Cha Cha Cha dan Hotel Deluna. Kisah cinta tragedi berkisar tentang kelahiran semula, yang mana satu pasangan yang terkena sumpahan terpaksa menderita kerana mereka tidak dapat bersama walaupun telah bertemu berulang kali. 

My Oppa Is An Idol adalah sebuah siri asli yang diterbitkan bersama STUDIO N, sebuah syarikat produksi yang dimiliki oleh penerbit webtoon yang terbesar di Korea Selatan. Ia mengisahkan kekecohan yang terjadi apabila seorang wakil agensi hiburan yang cerewat terpaksa tinggal sebumbung dengan seorang idola dan juga peminat setia idola tersebut. 

Weekday Wife adalah sebuah komedi romantik yang mengisahkan seorang gadis yang telah dilatih untuk menjadi pewaris yang kaya menolak perkahwinan yang diatur oleh keluarga ‘jaebul’ angkatnya  – dan dia mengambil keputusan untuk menjadi “isteri sewaan”. STUDIO605 yang berpengalaman bakal menyuntikkan arahan seni yang mantap dan babak-babak romantik yang mencetus emosi ke dalam produksi bersama ini.

Shooting Stars
Shooting Stars
Kredit foto: iQiyi

iQiyi juga mengacah penontonnya dengan tayangan eksklusif sekilas lalu bagi dua produksi bersama, iQiyi x Studio Dragon yang dinanti-nantikan oleh semua. Dari set penggambaran Bad and Crazy, pengarah You Sun Dong mengalu-alukan para peminatnya dan mencetuskan keterujaan bagi siri bertemakan wira lakonan Lee Dong Wook dan Wi Ha Jun, yang bakal ditayangkan pada bulan Disember kelak. Para peminat juga dapat mengikuti sesi bacaan skrip Shooting Stars, yang juga telah mula penggambaran bersama pelakon-pelakon utama Lee Sung-kyung dan Kim Young-dae.

Semua siri asli iQiyi akan tersedia di 191 wilayah, dengan resolusi sehingga 4K dan menampilkan Dolby Audio menerusi aplikasi iQiyi International dan iQ.com.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee