Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

iQiyi Akan Menayangkan K-Drama Suspen Terbaru Bertajuk “Jirisan”

Peneraju streaming hiburan Asia, iQiyi mengumumkan drama asli Korea Jirisan yang sangat dinantikan, akan memulakan tayangannya pada bulan Oktober di iQiyi International. Dicipta oleh pengarah Lee Eung-bok (Goblin, Descendants Of The Sun) dan penulis Kim Eun-hee (Kingdom, Signal), siri suspens ini dibintangi oleh Gianna Jun dan Ju Ji-hoon.

Treler penggoda untuk Jirisan, yang dirilis 16 September yang lalu, menawarkan pemandangan indah dari puncak gunung Jirisan, gunung tertinggi di daratan Korea Selatan. Suasana misterius dari hutan ribut yang mengisyaratkan petunjuk mengenai rahsia yang tidak dapat dinyatakan yang tersemat dalam plot rancangan itu.


Klip itu menampilkan watak Gianna Jun, seorang renjer taman negara yang tidak gentar, yang hanya menggunakan peralatan gunung profesional dan trekking. Dia tidak menunjukkan rasa gentar ketika dia menghadapi cabaran dari alam semula jad. Dia juga seorang yang gigih dalam tugasnya menyelamatkan orang yang memerlukan.

Jirisan merupakan drama suspen pertama Gianna Jun serta kepulangannya ke layar kecil setelah lima tahun, sejak penampilan terakhirnya di Legend of the Blue Sea. Di Jirisan, dia akan mengungkap misteri yang kompleks bersama rakan-rakannya, Ju Ji-hoon, Sung Dong-il dan Oh Jung-se, sambil menunjukkan kehidupan renjer hutan yang jarang dilihat.

Siri Korea asli dari iQiyi ini menceritakan kisah bagaimana renjer taman negara yang berpengalaman (dimainkan oleh Gianna Jun) dan renjer rookie (dimainkan oleh Ju Ji-hoon) membongkar rahsia gelap yang tersembunyi di kawasan gunung tempat mereka bekerja. Rancangan ini akan tersedia secara eksklusif pada bulan Oktober, di aplikasi iQiyi International atau iQ.com di 190 wilayah.

Related posts

Pelakon “Itaewon Class,” “Love In The Moonlight,” & “The Sound Of Magic” Bersatu Dalam Poster Untuk Rancangan Varieti Baharu

Zulaikha

“How Do You Play?” No. 1 Dalam Ranking Reputasi Jenama Rancangan Variety Untuk Bulan Ogos

Zulaikha

“Emergency Declaration” Lepasi 1 Juta Penonton Dalam Tempoh Kurang 4 Hari

Zulaikha

“Hansan: Rising Dragon” Berjaya Lepasi 4 Juta Penonton

Zulaikha

Siri Asli Disney/Pixar CARS ON THE ROAD Akan Membuat Debut Pada Hari Disney+ Hotstar, 8 September Ini

Kakimuvee

“Alchemy of Souls” Akan Berehat Seminggu

Zulaikha

Leave a Comment