Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Anime

iQiyi Lancar Susunan Program Anime Paling Mantap, Dengan Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Entertainment District Arc Sebagai Peneraju

Platform penstriman hiburan peneraju Asia iQiyi hari ini mengumumkan susuan program anime tontonan hujung tahun ini, termasuk siri yang dinantikan ramai iaitu Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Entertainment District Arc serta filem-filem popular daripada francais My Hero Academia

Senarai program yang disediakan juga menampilkan siri fantasi-wira Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation (Part 2) dan How a Realist Hero Rebuilt the Kingdom; siri seram The Vampire Dies in No Time dan Mieruko-chan; dan juga anime bergenre romantik seperti My Senpai Is Annoying dan Taisho Otome Fairy Tale. Selain daripada itu, versi alih-suara Thai untuk Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba, The Detective Is Already Dead, How a Realist Hero Rebuilt the Kingdom (Part 1) dan BORUTO: NARUTO NEXT GENERATIONS juga akan tersedia di iQiyi.

Dalam 9 bulan pertama untuk tahun 2021, jumlah tontonan kandungan anime di iQiyi terus meningkat di rantau Asia Tenggara, Hong Kong, Macau, dan Taiwan dengan lebih daripada 650 juta tontonan dan hampir 95 juta jam tontonan kumulatif. Susunan program hujung tahun ini menampilkan tujuh buah filem anime yang digemari ramai yang boleh ditonton secara ‘atas permintaan’ (on-demand), termasuk My Hero Academia: Two Heroes dan My Hero Academia: Heroes Rising. Sementara itu, para peminat One Piece boleh menikmati pelbagai filem francais dari siri tersebut, termasuk One Piece Film: Z (2012), One Piece Film: Gold (2016), One Piece: Episode of East Blue (2017), One Piece: Episode of Skypiea (2018) dan One Piece: Stampede (2019)

Dihasilkan dari komik manga ciptaan artis Koyoharu Gotouge, musim pertama Demon Slayer iaitu Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba telah telah mencetuskan fenomena dengan mendapat sambutan hangat dan komen-komen positif dari peminat-peminat serta pengkritik anime. Filem sambungan Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba the Movie: Mugen Train juga telah mencipta rekod sebagai filem dengan kutipan terlaris di Jepun dalam sejarah perfileman negara matahari terbit itu. Kesinambungan daripada kisah Mugen Train, Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Entertainment District Arc mengisahkan bagaimana Tanjiro Kamado dan rakan-rakannya menyertai Tengen Uzui dari Demon Slayer Corps dalam perjuangan mereka menentang syaitan Gyutaro dan Daki.

Siri-siri anime fantasi yang akan datang juga menampilkan dua tajuk yang diadaptasikan daripada novel-novel remaja Jepun. Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation (Part 2) mengisahkan seorang penganggur yang tidak mempunyai sebarang harapan untuk masa depan, dilahirkan semula di dalam dunia fantasi, dengan ingatannya yang masih utuh. Manakala, How a Realist Hero Rebuilt the Kingdom (Part 1) menceritakan protagonis Kazuya Soma muncul di kerajaan Eropah di Zaman Pertengahan secara tiba-tiba. Siri ini yang diterbitkan oleh pengarah Slayers Takashi Watanabe, mengisahkan kesungguhan Kazuya dalam membina semula kerajaan tersebut menggunakan ilmunya dalam sains zaman moden.

Para peminat genre seram pastinya akan teruja dengan The Vampire Dies in No Time dan Mieruko-chan, dua siri yang menggabungkan kisah komedi dan seram dengan cara yang tersendiri. Menampilkan bakat suara pelakon-pelakon bertaraf legenda Jun Fukuyama (Assassination Classroom) dan Makoto Furukawa (One Punch Man), The Vampire Dies in No Time menyaksikan pemburu hantu, Ronaldo tiba di kastil Dralc yang didiami oleh hantu penghisap darah yang ditakuti ramai dan khabarnya tidak dapat dikalahkan. Namun, Ronaldo mendapat tahu bahawa Dralc akan bertukar menjadi debu dengan sedikit serangan – menjadikannya sebagai pontianak yang paling lemah di dunia.

Sementara itu, Mieruko-chan mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah, Miko yang tiba-tiba berkebolehan melihat makhluk-makhluk ghaib yang menyeramkam. Walaupun dia cuba untuk tidak mengendahkan kewujudan makhluk-makhluk tersebut, Miko sering dicabar oleh Hana, rakannya yang sering menarik kemunculan makhluk-makhluk tersebut serta Yuria, yang bercita-cita menjadi penghalau makhluk-makhluk misteri. 

Para penggemar anime romantik boleh menyaksikan kisah cinta di pejabat dalam My Senpai Is Annoying, serta perkahwinan yang diatur semasa era Taisho, &dalam Taisho Otome Fairy Tale.  Di samping itu, dua siri penuh aksi yang bertemakan sains fiksyen dan militari iaitu 86 – EIGHTY-SIX (Part 2) dan kisah ninja BORUTO-NARUTO NEXT GENERATIONS, juga akan ditayangkan di iQiyi. 

Dengan adanya susunan program anime yang mantap di iQiyi, para penonton di serata dunia dapat memulakan pengembaraan anime mereka dengan aplikasi iQiyi versi antarabangsa atau dengan melayari laman iQ.com!

Related posts

One Piece Melancarkan Visual Terbaru Sempena Meraikan Episod Ke-1000

Kakimuvee

Tarikh Pelepasan Attack on Titan Musim Akhir Diumumkan Dalam Video Teaser Terbaru

Kakimuvee

Siri Asal Anime Cowboy Bebop Akan Ditayangkan Di Netflix Pada 21 Oktober Ini

Kakimuvee

Trailer Dragon Ball Super: Super Hero Soroti Gaya Animasi Terbaru & Karakter

Kakimuvee

Dua Anime Spin-Off Detective Conan Telah Diumumkan

Kakimuvee

My Hero Academia Musim Ke-6 Telah Diumumkan, Saksikan Teaser Trailer Disini

Kakimuvee

Leave a Comment