Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

iQiyi Bergabung Tenaga Bersama FINAS Dalam Kempen Anti Cetak Rompak #JanganTontonHaram

(Dari Kiri – Kanan): Laila Saat (Pengarah, Kawalselia, Astro), Dato Khairul Anwar Salleh (CEO, Rangkaian TV Media Prima), Dinesh Ratnam (Pengurus iQiyi Malaysia, Singapura & Brunei), Dato Norman Halim (Naib Pengerusi, FINAS), Mahyidin Mustakin (CEO, Creative Content Association Malaysia), Datuk Yusof Haslam (Pengasas, Skop Production)

SIARAN MEDIA

iQiyi International, peneraju utama dalam perkhidmatan penstriman hiburan antarabangsa hari ini mengumumkan pelancaran kempen anti cetak rompak yang pertama kali seumpamanya oleh syarikat iaitu, #JanganTontonHaram. Inisiatif selama sebulan ini dilancarkan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan bertujuan mendorong penglibatan pengguna-pengguna awam dalam usaha menangani kecurian kandungan dan cetak rompak digital. Ianya adalah usaha bersepadu dalam membendung dan mencegah ancaman terbesar terhadap industri hiburan yang kini pesat berkembang di Malaysia. 

Mendatangkan risiko kepada ribuan pekerjaan serta menrencatkan perkembangan industri hiburan dan media, perbuatan mencuri atau menciplak kandungan dan cetak rompak digital mendatangkan kesan kepada banyak pihak iaitu dari syarikat-syarikat produksi, syarikat kreatif dan teknologi baharu, para artis, syarikat penyedia perkhidmatan sehinggalah ke krew-krew produksi. Kerugian dari kegiatan jenayah ini dianggarkan mencecah sehingga RM3 billion, dimana kerajaan turut mengalami kerugian hasil cukai sehingga RM157 juta setiap tahun. Perkembangan industri hiburan dan pelancaran filem juga mengalami impak yang amat teruk susulan perlaksanaan perintah kawalan pergerakkan bagi membendung penularan pandemik. 

Diiktiraf oleh para wakil industri sebagai “usaha terkini” dalam menangani masalah yang telah lama berlarutan ini, kempen #JanganTontonHaram iQiyi – FINAS dilancarkan secara rasmi pada hari pertama CONNECTASIA 2021. Acara yang diadakan di Kuala Lumpur ini dihadiri oleh para peserta industri Filem dan TV Malaysia termasuk para pencipta audio visual dan kandungan profesional, syarikat penyiaran dan pihak kawal selia. 

“FINAS sudah laksanakan banyak kempen kesadaran terhadap cetak rompak sebelum ini, tetapi tidak ada kempen yang memberi insentif kepada mereka yang boleh melaporkan kegiatan cetak rompak. #JanganTontonHaram meletakkan pengguna di barisan hadapan sebagai pusat anti cetak rompak dan ini merupakan satu perkara yang sangat dialu-alukan, dan disokong oleh FINAS,” kata Datuk Norman Abdul Halim, Naib Pengerusi FINAS semasa merasmikan CONNECTASIA 2021. 

Acara dua hari yang dipenuhi dengan persidangan dan sesi perkongsian rangkaian perniagaan ini dianjurkan bersama oleh FINAS dan Creative Content Association Malaysia (CCAM), serta ditaja bersama oleh iQiyi International dan beberapa peserta industri yang lain.   

Katakan “Tidak” kepada kandungan haram melalui kuasa klik pengguna

Dinesh Ratnam, Pengurus iQiyi International bagi Malaysia, Singapura dan Brunei menjelaskan, “#JanganTontonHaram ialah pendekatan di peringkat akar umbi dalam memerangi kegiatan kecurian kandungan dan cetak rompak digital. Ia merupakan kempen yang dilaksanakan secara digital dengan berteraskan beberapa inisiatif.  Kami menggalakkan para penonton untuk terlibat secara proaktif dengan memerangi dan mematahkan kegiatan jenayah ini. Dengan penglibatan para pengguna, kami berharap langkah ini dapat melumpuhkan aktiviti cetak rompak apabila permintaan untuk cetak rompak berkurangan. Penggunaan digital secara berhemah merupakan satu amalan yang mampu mengubah landskap industri hiburan dan inilah yang kami maksudkan dengan ‘kuasa klik pengguna’. Apabila kita semua berganding bahu di antara pelbagai pihak, nescaya kita dapat melindungi tenaga kerja, hak cipta dan harta intelek industri ini.”

Sebuah laman web khusus, www.jangantontonharam.com akan menyiarkan beberapa video perkongsian tentang impak oleh mereka yang menerima kesan secara langsung dari aktiviti cetak rompak kandungan dan penipuan; tip-tip berguna untuk mengesan pautan dan laman haram, mengekalkan keselamatan data dan butiran tentang implikasi undang-undang bagi mencegah orang ramai daripada terlibat dalam jenayah ini. Di Malaysia, memiliki dan membekalkan kandungan cetak rompak boleh diklasifikasikan sebagai satu kesalahan bawah Seksyen 41, Akta Hak Cipta 1987 dan boleh didenda sehingga RM20,000 dan/atau lima tahun penjara.

Datuk Yusof Haslam, Namron, Adrian Teh, Syazwan Zulkifly, Bront Palarae, Amelia Henderson, Daniella Sya dan beberapa orang artis dan penerbit yang lain akan menggunakan pengaruh selebriti kepada kerjasama diantara iQiyi dan FINAS ini menerusi beberapa siri video perkongsian dan kesedaran awam serta pengaktifan media sosial bagi menggalakkan peminat-peminat mereka untuk menyertai kempen ini.

#HelloPoliceiQ beri ganjaran kepada “pelapor” cetak rompah yang bertuah 

Tabiat penstriman yang berubah seiring dengan kemajuan teknologi, jaringan jalur lebar berkualiti tinggi dan kadar capaian penembusan internet yang baik pada hari ini telah menjadikan aktiviti cetak rompak dalam talian adalah cabaran yang paling utama.

“Kami sedar bahawa sebaik sahaja satu laman haram dihapuskan, satu lagi akan muncul,” tambah Dinesh. “Diilhamkan dari kempen ‘crowdsourcing’, dan insfrastruktur global anti-cetak rompak iQiyi menggunakan teknologi AI serta pemantauan secara manual, kami telah mencipta satu inisiatif awam #HelloPoliceiQ. Ini boleh diakses melalui laman web jangantontonharam.com dimana orang awam boleh melaporkan laman dan platform cetak rompak serta sumber aktiviti tersebut dengan selamat.”

Selain daripada laman web, pengguna juga boleh menulis hashtag #HelloPoliceiQ pada mana-mana pautan cetak rompak yang dikongsi melalui media sosial. Selepas disahkan, pengguna secara automatik akan menerima akaun VIP iQiyi percuma yang memberi mereka akses kepada pelbagai kandungan pan-Asia premium secara sah.

Bagi menggalakkan penyertaan dari orang ramai, iQiyi juga akan menjalankan cabutan bertuah mengikut jumlah pautan yang dilaporkan. Orang ramai yang melaporkan pautan berjumlah 10,000, 50,000 dan 100,000 bakal dapat ‘membuka kunci’ dan mereka yang bertuah bakal memenangi set audio Beats Flex, apple Airpods ataupun iPhone 12 Pro Max.

Untuk maklumat lanjut dan butiran program kempen, sila layari www.jangantontonharam.com

Related posts

Kerana Barkoba “18 Puasa Di Kampong Pisang” Kutip RM1 Juta Dalam Masa 3 Hari

Kakimuvee

TRAILER 18 Puasa Di Kampong Pisang: Barkoba Ingin Kongsi Rezeki Bersama Masyarakat

Kakimuvee

NETIZEN TENTUKAN PLOT TWIST ‘MIS TRES HERMANAS’ MALAYSIA

Zulaikha

Bell Ngasri & Rakan-Rakan ‘Kantoi’ Puasa Dalam Teaser “18 Puasa Di Kampong Pisang”

Kakimuvee

SELEBRITI POPULAR KONGSI HOBI & KOLEKSI KENDERAAN PERIBADI DALAM PROGRAM AUTOMOTIF ‘RODA PANAS’ DI SALURAN NAURA

Isqandar

Lebih Banyak Tayangan Perdana Kandungan India Tempatan & Antarabangsa Di Astro

Zulaikha