Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ip Man 4: The Finale Tewaskan The Rise Of Skywalker Di Pasaran China

Tidak semua filem Hollywood dapat membuat duit di negara China. Filem terbaru Disney / Lucasfilm, Star Wars: The Rise of Skywalker gagal mendapat perhatian kaki-kaki wayang dari negara sana apabila hanya mampu meraih $12.1 juta dolar pada minggu pertama tayangannya di China.

Filem terbaru Star Wars itu bukan sahaja gagal dari segi kutipan box office, malah ia turut memberi gambaran bahawa francais Star Wars semakin pudar dikalangan peminat-peminat di negara China.

Sementara itu, filem Ip Man 4: The Finale mencatatkan kutipan luarbiasa apabila meraih $43 juta dolar pada minggu pertama tayangannya, sekaligus menewaskan The Rise of Skywalker dengan begitu mudah. Ironinya, filem keempat Ip Man itu dibintangi bekas pelakon Rogue One, Donnie Yen.

Dengan modal pembikinan yang mencecah hampir $300 juta dolar (tidak termasuk kos promosi), Disney dan Lucasfilm pasti gusar dengan kegagalan The Rise of Skywalker dipasaran China yang sebelum ini dianggap sebagai lubuk duit studio-studio Hollywood.

Filem terakhir Skywalker Saga itu turut gagal mencapai sasaran di pentas box office Amerika Syarikat apabila hanya mampu meraih $176 juta dolar dari sasaran yang ditetapkan sebanyak $205 juta dolar.

Star Wars: The Rise of Skywalker kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.

Related posts

The Suicide Squad: James Gunn Goda Beberapa Babak ‘Post-Credit’

Kakimuvee

Trailer Terakhir “A Quiet Place Part II” Buatkan Korang Tak Sabar Nak Tonton Sekuel Filem Ini

Kakimuvee

Marvel Dedah Logline “Black Panther: Wakanda Forever” & “The Marvel”

Kakimuvee

Spider-Man: No Way Home: Andrew Garfield Tidak Menerima Panggilan Dari Marvel Studios

Kakimuvee

MULAKAN PENGEMBARAAN DI RUMAH UNTUK MASA CERIA KELUARGA BERSAMA CARTOON NETWORK!

Kakimuvee

Astro Dilantik Sebagai Pengedar Rasmi Disney+ Hotstar

Kakimuvee