Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Asia

Ip Man 4: The Finale Cipta Rekod Filem Cina Paling Laris Di Malaysia, Berjaya Mengumpul RM 30.3 Juta

Filem kung-fu terbaru, Ip-Man 4: The Finale mencipta rekod tempatan apabila menjadi filem Cina paling laris di Malaysia dengan kutipan sebanyak RM30.3 juta, sekaligus mengatasi rekod filem sebelum ini yang mencatatkan kutipan sebanyak RM 30 juta.

Pekara tersebut didedahkan pengedar filem tempatan, Lotus Five Star baru-baru ini.

Memulakan tayangannya pada 20 Disember yang lalu, Ip-Man 4 mencipta kejutan apabila meraih RM10.5 juta dalam tempoh 3 hari tayangannya, dan meningkat kepada RM 20.5 juta dalam tempoh seminggu.

Filem arahan Wilson Yip ini menyaksikan Donnie Yen sekali lagi memainkan peranan sebagai Ip-Man. Dia turut dibantu beberapa pelakon lain seperti Danny Chan, Wu Yue, Scott Adkins, Vanness Wu dan ramai lagi.

Ip-Man 4: The Finale berkisarkan mengenai Mahaguru Ip Man mengembara ke San Francisco, USA untuk melawat pelajarnya yang telah membuka sekolah Wing Chun di sana. Bagaimanapun kehadirannya telah membuatkan komuniti seni mempertahankan diri di sana tidak menyukainya.

Related posts

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

iQiyi Memperkukuh Kerjasama Antarabangsa dengan Dolby untuk Meningkatkan Pengalaman Penstriman Video

Zulaikha

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

Teaser HOMETOWN CHA-CHA-CHA Goda Hubungan Romantik Mengasyikkan Dengan Pemandangan Tepi Pantai Yang Cantik

Zulaikha

“Hospital Playlist 2” No. 1 Untuk Minggu Kelima Berturut-Turut, Bintang “The Devil Judge” Kuasai Ranking Pelakon

Zulaikha

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Leave a Comment