Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Ip Man 4 Menjadi Filem Kung Fu Terakhir Donnie Yen


Pelakon terkenal Hong Kong, Donnie Yen mendedahkan bahawa Ip Man 4: The Finale akan menjadi filem kungfu terakhir lakonannya.

Menurutnya lagi, keputusan itu dibuat kerana dia sudah lama berkecimpung dalam filem kungfu dan merasakan sudah tiba masanya untuk dia berundur dan memberi ruang kepada pelakon pelapis yang lebih muda. Bagaimanapun, keputusan tersebut tidak bermakna dia berhenti dari dunia lakonan atau tidak berlakon dalam filem aksi.

“Ya, filem Ip Man 4: The Finale adalah filem kungfu terakhir saya. Saya memulakan karier dengan berlakon dalam filem Drunken Tai Chi pada tahun 1984. Jadi sudah tiba masanya, saya berundur dan memberikan ruang kepada pelakon pelapis dan lebih muda.”

“Tetapi jangan salah faham, saya bukan berhenti berlakon. Saya akan terus berlakon dalam filem aksi. Aksi dan kungfu dua benda yang berbeza,” 

Donnie mendedahkan pekara demikian semasa di majlis sidang media Ip Man 4: The Finale di Hotel St. Regis, Kuala Lumpur sempena lawatannya ke Malaysia untuk mempromosikan filem terbaru lakonan beliau.


Ip Man 4: The Finale akan ditayangkan pada 20 Disember 2019 di pawagam seluruh negara.

Sumber: Astro Awani


Related posts

SHAOLIN SOCCER: Stephen Chow Sedang Mencari Pelakon Wanita Cantik Untuk Ansuran Terbaru

Kakimuvee

Donnie Yen Akan Berada Di Malaysia Untuk Mempromosikan Filem Terbarunya, “SAKRA”

Kakimuvee

BINTANG ANTARABANGSA DONNIE YEN AKAN BERADA DI MALAYSIA UNTUK MEMPROMOSIKAN FILEM WUXIA BLOKBUSTER SAKRA

Kakimuvee

Rosyam Nor, Louis Koo Antara Sebab Korang Kena Tengok G Storm

Kakimuvee

5 Sebab ‘Raging Fire’ Menjadi Filem Yang Menarik Untuk Ditonton Pada Minggu Ini

Kakimuvee

Review Filem: Raging Fire (2021)

Ahmad Fariszuan