Salam & selamat pagi, setelah lama menyepi, kini admin Kakimuvee kembali untuk mengeluarkan artikel-artikel terbaru mengenai dunia perfileman antarabangsa dan tempatan. Maaf sekirannya kami gagal untuk menghidangkan cerita-cerita terbaru mengenai filem kepada kau orang semua. Maklumlah, cuti sekolah, busy sikit.
Untuk artikel kali ini kami ingin memberi sedikit review mengenai filem IP Man 3 yang telah ditayangkan pada beberapa minggu lepas.
Seperti yang korang tahu, filem ini adalah mengisahkan tok guru lagenda kung fu Bruce Lee, dan setiap filem IP Man pasti akan disaji dengan aksi pertarungan yang menarik. Cuma kali ini ianya sedikit berbeza dan bagi kami, kekuatan filem ini bukan kepada aksi tempur IP Man, tapi nilai kasih sayang IP Man kepada isterinya.
Pada mulanya, kami ingat filem ini lebih kepada usaha menyelamatkan sekolah dari dirampas gangster rupanya, plot tersebut sekadar selingan sahaja. Jujur kami katakan, agak berlinangan air mata kami pada penghujung jalan cerita filem ini. Sedih dan menyentuh perasaan apabila melihat isteri kesayangan IP Man mati akibat kanser. Apabila sampai ke penghujung filem, baru kami tahu, rupanya IP Man 3 mengisahkan pengorbanan seorang isteri pahlawan.
Dari segi cinematography dan aksi, memang tidak mengecewakan. Tidak serabut semasa aksi tempur dan berjaya membuatkan mata kita tidak berkelip melihat IP Man bertempur dengan lawannya. Aksi yang kami suka ialah pertempuran antara IP Man dan Mike Tyson. Kuat juga rupanya Seni beladiri tinju ni sampai goyang IP Man dibuatnya.
Lakonan para aktor dan pelagak ngeri juga tidak mengecewakan. Cuma Mike Tyson sedikt kelihatan kaku dan patung apabila berlakon. Cuma bab tempur, memang seperti kita melihat beliau di dalam gelanggang gusti.
Jadi secara keseluruhannya, filem IP Man dikata terbaik diantara filem-filem aksi bela diri. Bukan sahaja perjalanan cerita, malah aksi dan para pelakon berjaya membuat filem ini sukses.
Admin nak tanya, dah berapa kali korang ulang filem ini? ?