Interchange & Redha Wakili Malaysia Dalam 1st Malaysia Internation Film Festival (MIFFEST) dan Malaysia Golden Global Award.
Filem ketiga pengarah Dain Said,Ā Interchange telah menerima satu lagu internation milestone apabila secara rasmi mewakili Malaysia dalam kategori “Film in Competition” dan menerima tiga pencalonan iaitu Best Film, Best Screenplay melaluiĀ Redza Minhat, Dain Said, Nandita Solomon & June Tan dan Best Cinematography (Jordan Chiam) dalam 1st Malaysia International Film Festival (MIFFEST) dan Malaysia Golden Global Award (MGAA) bersama-sama filem antarabangsa yang lain seperti Apprentice (Singapore), The Salesman (Iran/France), Ma’Rosa (Filipina), The Wailing (Korea) dan Bradley Liew’s Singin in Graveyard (Malaysia / Filipina).
Selain itu, filem Tunku Mona Riza, Redha telah terpilih untuk tayangan istimewa di festival tersebut bersama-sama filem Blind Way (China) dan After This Our Exile (Hong Kong).
Dalam sidang media di TGV Sunway Velocity, Kuala Lumpur, Joanne Goh, Pengurusi MIFFEST dan MGGA telah mengumumkan kategori anugerah berserta senarai pencalonan dan filem-filem yang bakal ditayangkan dan dipertandingan dalam festival itu nanti.
Menurutnya lagi, filemĀ Timm ThalerĀ dari Jerman akan menjadi filem pembukaan manakalan filem Jepun,Ā Harmonium pula akan menjadi filem penutup festival itu nanti.

Semua filem yang dipertandingkan nanti akan dijual di mmCineplex dan TGV Cinemas. Terdapat satu kategori istimewa iaitu “The Audience Choice Award” dimana penonton akan mengundi filem kegemaran mereka. Penonton akan menggunakan tiket filem berkenaan dan mengundi dalam kotak undi selepas menonton filem berkenaan dan filem yang diundi paling banyak akan memenangi kategori tersebut.
Antara kategori yang dipertandingkan ialah: –
1. The Best New Director
2. The Best Screenplay
3. The Best Cinematography
4. The Best Director
5. The Best Actress
6. The Best Actor
7. The Best Film
Berikut adalah filem – filem yang bakal berentap dalam festival filem MIFFEST dan MGGA
Filem Pembukaan
Timm Thaler (Germany)
āSpecial Screening
After This Our Exile (Hong Kong)
Blind Way (China)
Redha (Malaysia)
āFilem yang dipertandingkan
Apprentice (Singapore)
Happiness (Hong Kong)
Hema HemaSing Me A Song While I Wait (Bhutan / Hong Kong)
I am Not Madame Bovary (China)
I, Daniel Blake (United Kingdom)
Interchange (Malaysia)
Maā Rosa (Philippines)
Mad World (Hong Kong)
One Night Only (China)
Perfect Strangers (Italy)
Singing in Graveyards (Malaysia / Philippines)
SoulMate (Hong Kong)
The Road to Mandalay (Taiwan)
The Salesman (Iran / France)
The Summer is Gone (China)
The Wailing (Korea)
Toni Erdmann (Germany)
White Ant (Taiwan)
āFilem Penutup.
Harmonium (Japan)
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layariĀ www.miffest.com.my or www.mgga.com.my. Filem festival (MIFFEST) akan berlangsung dari 28 Februari sehingga 4 Mac 2017 di NU Sentral, Kuala Lumpurdan majlis Malaysia Golden Global Award pula akan berlangsung pada 5 Mac 2017 diĀ Arena of Stars, Genting Highland