Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Interchange dan Hanyut Gagal Menambat Hati Peminat Tempatan


interchange-hanyut

Dua filem tempatan bermutu tinggi, Interchange dan Hanyut gagal untuk mendapatkan kutipan memberansangkan sejak ditayangkan beberapa minggu yang lalu.

Filem arahan pengara U-Wei dan terbitan Tanah Licin Sdn. Bhd. hanya mampu mengutip RM69, 000 sahaja sejak ditayangkan 12 hari yang lalu dan sehingga kini hanya beberapa pawagam sahaja yang menayangkan filem tersebut.

Manakalah filem arahan Dain Iskandar Said pula, Interchange hanya mampu mengaut RM200000 sahaja sejak ditayangkan seminggu yang lalu. Walapun filem Interchange mendapat pengiktirafan di beberapa Festival Antarabangsa, menggunakan beberapa pelakon terkenal seperti Shaheizy Sam dan Nicholas Saputra, ia masih gagal untuk menambat hati peminat tanah air untuk menonton filem berkenaan.

hanyut-movie

Walaupun filem Hanyut dikatakan mendapat review yang baik dari penonton yang telah menonton filem tersebut, tetapi kegagalan pihak produksi mempromosikan filem berkenaan secara intensif menjadi salah satu punca kegagalan filem berkenaan.

Sebelum ditayangkan di negara ini, Hanyut telahpun ditayangkan di Indonesia 2 tahun lebih awal dari Malaysia, namun menerima nasib yang sama apabila hanya mampu meraih RM50 ribu sahaja semasa tayang disana. Filem Hanyut di Indonesia dikenali dengan tajuk Gunung Emas.


interchange-poster

Interchange walaupun dilihat lebih mempromosikan filem mereka berbanding filem Hanyut, namun skop promosinya yang tidak meluas menyumbang turut kegagalannya di pawagam tanah air. Interchange dilihat hanya mempromosikan filem di pawagam-pawagam sahaja, yang kurang melakukan promosi di  media sosial dan cetak.

Kegagalan kedua-dua filem ini bukanlah disebabkan mutu filem yang dihasilkan oleh mereka, tetapi kurangnya promosi di media sosial dan cetak telah menyebabkan kedua-dua filem ini bakal tersungkur di arena sendiri.

Selain itu juga, kemungkinan faktor filem berkenaan berada dilaman-laman download filem cetak rompak juga mampu mempengaruhi jumlah penonton di pawagam. Ini memandangkan kedua-dua filem ini pernah ditayangkan lebih awal di pawagam-pawagam luar,

Kepada yang sudah menonton kedua-dua filem ini, apa pendapat anda mengenai filem berkenaan?


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee