Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Intense Gila Trailer “A Quiet Place Part II” Ni!

Paramount Pictures telah melancarkan rasmi A Quiet Place Part II yang memaparkan Evelyn Abbott lakonan Emily Blunt, memimpin keluarganya selepas kematian suami. Trailer penuh akan dilancarkan pada tahun baru nanti. Anda boleh saksikannya dipemain video dibawah.

A Quiet Place Part II turut menyaksikan pelakon Millicent Simmonds dan Noah Jupe kembali memainkan peranan mereka sebagai Regan dan Marcus Abbott. Selain itu juga, mereka turut disertai pendatang baru iaitu Cillian Murphy dan Djimon Hounsou yang masih tidak diketahui watak mereka.

John Krasinsk sekali lagi diberi tanggungjawab sebagai pengarah dan penulis skrip. Setakat ini, plot filem tidak didedahkan kepada umum.

Dilaporkan juga, pembikinan sekuel kali ini akan menelan belanja yang lebih besar berbanding filem pertama. Emily Blunt yang kebiasannya menerima bayaran 7 angka juga dikatakan sekali lagi sanggup untuk mengurangkan bayaran yang diterimanya kerana filem ini adalah projek yang diminati oleh suaminya, John Kransinski.

Filem pertama A Quite Place yang ditayangkan pada 2018 berjaya meraih $340 juta dolar seluruh dunia dengan modal pembikinan hanya $17 juta dolar.

A Quiet Place Part II akan ditayangkan pada 20 Mac 2020.

Related posts

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

TUDUM: Teaser Extraction 2 Tunjuk Nasib Chris Hemsworth Sebagai Tyler Rake

Kakimuvee

SERIGALA LANGIT TAYANG DI ASTRO FIRST 25 SEPTEMBER 2021

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Dune Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment