Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Intan Ladyana Selektif Tawaran Berlakon

Pelakon Intan Ladyana yang lama menyepikan diri dari dunia lakonan sebelum ini sudah kembali memeriahkan bidang lakonan, namun kemunculan semula ini tidak seperti dahulu sebaliknya dia mengamalkan sikap selektif terhadap mana-mana tawaran lakonan yang diterimanya.

“Sejujurnya saya sudah lama tidak masuk ke set penggambaran. Tahun lepas saya cuma berlakon sebuah telefilem berjudul “Anak Telah Diprank”.

“Untuk tahun ini pula, saya baru sahaja memulakan penggambaran drama sebanyak 40 episod untuk terbitan Astro berjudul “Semusim Rindu”. Setakat ini, itu sahaja tawaran yang saya terima,” Intan Ladyana

Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamad Yahaya mengambil pendekatan berikutan itu mahu memastikan penonton tidak bosan melihat lakonannya dan mahu terus kekal relaven.

Tambah pelakon “Banglo Berkunci” ini lagi sekiranya dia menerima tawaran berlakon dia akan membaca skrip terlebih dahulu bagi memastikan watak yang ditawarkan bersesuai dengan minatnya.

Malah Intan juga mendedahkan bahawa dia sudah tolak banyak tawaran berlakon dek watak yang ditawarkan tidak menarik perhatiannya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 34 tahun itu berkata biarpun ketika ramai pelakon wanita baru membanjiri dunia lakonan, namun ia sedikit pun tidak menjejaskan kerjayanya.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan terbarunya Intan berkata dia yang sedang kini sibuk dengan penggambaran drama “Semusim Rindu” ini akan bergandingan dengan Ben Amir, Haliza Misbun dan Kartina Aziz.

Drama terbitan MIG Pictures ini akan mula ditayangkan pada 29 Mei depan di Astro Prima.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment