Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Gosip

Intan Ladyana Jelaskan Mengapa Dia Menyepi

Lakonan Intan Ladyana dalam Drama Quddus. Sumber: www.budiey.com
Lakonan Intan Ladyana dalam Drama Quddus. Sumber: www.budiey.com

Intan Ladyana dikatakan menyepi dari dunia hiburan dan dan televisyen. Ini kerana, beliau jarang sekali muncul dikaca – kaca televisyen. Kali terakhir namanya disebut – sebut adalah semasa perpisahan beliau dengan kekasihnya yang juga Pelakon Kamal Adli

Namun begitu, beliau menjelaskan keadaan sebenar kepada wartawan tentang punca dia menyepi dari dunia hiburan. Bukan kerana kisah lama, tetapi sengaja mengambil masa untuk berehat tahun ini termasuklah menolak pelbagai tawaran.

“Saya memang nekad berehat saja tahun ini dan memperlahankan kerjaya. Sebenarnya banyak juga tawaran yang datang namun saya sengaja menolaknya disebabkan mahu beri masa untuk diri sendiri.

“Apapun, saya bukanlah ‘menghilangkan’ diri terus kerana masih ada lagi drama lakonan saya seperti Quddus yang kini ditayangkan di RTM.

– Intan Ladyana

Aktres yang terkenal dalam beberapa filem seperti Adnan Sempit, Bini – Bini Ku Gangster dan Abang Lejen ini juga turut menyatakan kepada wartawan yang beliau inginkan watak baru dalam bidang lakonannya terutamanya watak – watak yang lasak ataupun watak adiwira.

“Tidak semestinya yang mempunyai kuasa saja, watak seperti askar wanita pun antara impian saya.

“Apapun, secara dasarnya konsep saya sentiasa mengikut kesesuaian watak itu sendiri juga. Kalau memang bagus dan dan sesuai untuk diri, saya pasti pertimbangkannya.

“Saya juga mendapat tawaran menarik baru-baru ini, namun masih dalam perbincangan,” katanya

Selain daripada bidang lakonan, Intan juga sedang menjalankan perniagaannya iaitu perniagaan jus minuman kesihatan, Leto Krush yang diusahakannya sejak awal tahun ini.

 

Related posts

Ziana Zain Rindukan Dunia Lakonan

Kakimuvee

Mark Wahlberg “Sound” Justin Bieber

Kakimuvee

Artis Korea, Video Jinyoung Elak Dari Bersalam Dengan Peminat Muslim

Kakimuvee

Uqasha Senrose Lebih Selesa Tidak Bertudung

Kakimuvee

Telefon Ayda Jebat Dirampas Ketika Berselfie Dengan Bintang Running Man

Is Mohd

Raysha Rizrose Tidak Heran Dengan Kritikan Netizen

Kakimuvee

Leave a Comment