Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Intan Ladyana Bakal Kembali Dalam Filem Terbaru

Pelakon Intan Ladyana memberitahu dia masih lagi aktif berlakon dan tidak pernah terfikir lagi mahu bersara dari dunia seni walaupun kelibatnya sudah lama tidak kelihatan di layar perak dan kaca televisyen.

Intan atau nama sebenarnya Intan Ladyana Mohamat Yahaya berkata demikian kerana kerjaya lakonan merupakan minat utamanya sejak sekian lama.

“Saya akui saya sangat selektif supaya apabila muncul dalam mana-mana naskhah, ia akan meninggalkan impak serta kesan yang mendalam juga kepada penonton. Saya tidak mahu menerima tawaran hanya kerana mahu memastikan muka saya diingati orang. Saya lebih risau jika mereka bosan melihat saya berulang kali di televisyen atau layar perak,” ujarnya yang dipetik dari Kosmo!

Tambahnya lagi, dia tidak pernah fikirkan soal populariti kerana dia sudah berada dalam industri lebih sedekad dan sudah puas menikmati tumpuan dan perhatian media dan peminat.

“Sekarang, biarlah saya tenangkan diri dan berikan peluang kepada mereka yang baru hendak membina nama dalam industri.”

Pelakon Abang Lejen ini berkata walaupun dia kurang berlakon, namun tawaran berlakon sentiasa ada.

Terbaru pelakon berusia 36 tahun ini bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul Town Mall iaitu sebuah naskhah seram arahan Ahmad Idham.

Dalam filem tersebut dia membawa watak sebagai Maya iaitu isteri kepada Rusdi lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof.

Ditanya mengapa naskhah ini menjadi pilihannya, Intan memilihnya kerana sukakan naskhah bergenre seram selain watak Maya yang dilakonkan berbeza dengan watak cerita seram yang pernah dibawanya sebelum ini.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Pengarah Mamat Khalid Meninggal Dunia

Kakimuvee

TAYANGAN DRAMA ‘HATI YANG DIKHIANATI’ DISAMBUNG SEMULA MULAI 22 OKTOBER 2021

Kakimuvee

Teaser Rasmi EJEN ALI MUSIM 3 Telah Dilancarkan, Akan Datang Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar Mulai 2022!

Kakimuvee

Zul Ariffin Sudah Berubah Dalam Trailer Rasmi Penunggang Agama 2

Kakimuvee

Telefilem Cinta Ramadan & Drama Sekuel Danny Angkat Tema Cinta Tulus Penuh Keinsafan Mulai 8 Oktober Ini

Kakimuvee

Ada Hantu 2 Kini Sedang Dalam Pra-Produksi

Kakimuvee

Leave a Comment