
Insidious: The Red Door bermula cukup baik pada minggu pembukaan dengan mengutip AS$32.65 juta di pasaran domestik AS, dan AS$31 juta di pasaran antarabangsa, dengan jumlah keseluruhan sebanyak AS$64 juta.
Menurut Deadline, ia adalah kutipan minggu pembukaan terbaik untuk filem seram sejak 2019, dan kedua terbaik bagi francais Insidious (untuk pasaran domestik AS), hanya dibawah Insidious: Chapter 2 yang mengutip AS$40.2 juta pada tahun 2013
Kutipan yang direkodkan Insidious itu sekaligus menolak Indiana Jones: Dial of Destiny ke tangga kedua carta box office, dengan kutipan AS$26.5 juta pada minggu kedua. Filem kelima Indiana Jones itu kini mengumpul AS$121.2 juta di pasaran domestik AS dan AS$248 juta di seluruh dunia.
Kejutan bagi filem animasi terbaru Disney Elemental yang dijangka ‘box office bomb’ selepas gagal menunjukkan prestasi baik pada minggu pembukaan.
Sehingga minggu keempat tayangannyan, Elemental telah mengumpul AS$107.9 juta di pasaran domestik AS dan AS$142 juta di pasaran antarabangsa, dengan jumlah terkumpul kini mencecah AS$252 juta.
Elemental kini sekurang-kurangnya berjaya mengatasi dua animasi Disney yang gagal iaitu Onward (AS$133 juta) dan Lightyear (AS$218 juta)