Berita

Insiden Ditampar Mat Over, David Teo Tidak Akan Ambil Tindakan

Views

David Teo, penerbit filem terkenal  telah membuat keputusan bahawa dia tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pelakon dan pelawak veteran, Sulaiman Yassin selepas dirinya ditampar ketika majlis Dialog Transformasi Nasional TN50.

Kejadian tersebut turut berlaku di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  dan bersama penggiat seni lain di Seri Perdana, Putrajaya semalam.

"Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang dan sudah memaafkannya," - David (Malaysian Digest).

David Teo berkata dia tidak menyangka Sulaiman atau lebih dikenali dengan penggilan Mat Over, boleh bertindak demikian kerana sebelum ini dia tidak pernah mengenali pelakon tersebut.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai insiden yang berlaku, David berkata dia pada mulanya mempersoalkan tindakan Datuk Rosyam Nor yang bertindak sebagai moderator tidak berlaku adil apabila hanya memberikan peluang kepada barisan hadapan pentas bulat sedangkan dia yang berada di belakang turut mahu menanyakan soalan kepada Perdana Menteri.

Sumber gambar: mysumber.com

Sementara itu, Mat Over pula mengakui dia tidak berasa menyesal langsung dengan tindakannya menampar penerbit filem itu kerana mahu mengajarnya supaya beradap, terutama di hadapan pemimpin yang menjadi tuan rumah pada acara itu.

"Saya tidak kesal dengan tindakan ini kerana sikap David tidak menghormati Perdana Menteri dan Rosyam sebagai moderator. Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia perlu ada adab dan hormat-menghormati," Mat Over

Kekecohan yang berlaku itu kemudian diselesaikan apabila Najib bertemu David dan Mat Over untuk menyelesaikan perkara itu secara baik yang mana kedua-dua mereka kemudian bersalaman sekaligus menamatkan perselisihan faham yang berlaku.

Sumber: Cinema Online

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks