Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sinopsis “Doctor Strange in the Multiverse of Madness” Tertiris

The Cosmic Circus dilaporkan telah mendedahkan sinopsis untuk filem terbaru MCU Doctor Strange in the Multiverse of Madness, serta jangkaan peminat tentang filem akan datang termasuklah pengarahan Sam Raimi.

Maklumat itu didedahkan oleh cawangan Marvel Studios di Jepun, di mana “beberapa kenyataan dan artikel” telah memberikan butiran tambahan kepada peminat. Terjemahan sinopsis yang diberikan sumber menyentuh kesan mantra yang digunakan oleh Doctor Strange dalam Spider-Man: No Way Home.


Berikut adalah sinopsis Doctor Strange in the Multiverse of Madness:

“Pintu alam semesta, yang penuh dengan misteri dan kegilaan, telah terbuka.

Kini Iron Man dan Captain America telah tiada selepas pertempuran sengit dalam Avengers Endgame, bekas pakar bedah yang genius dan ahli sihir terkuat daripada mereka semua, Doctor Strange, dijangka memainkan peranan aktif sebagai tokoh utama dalam Avengers. Namun, menggunakan sihirnya untuk memanipulasi masa dan ruang secara sesuka hati dengan mantera terlarang yang dianggap paling merbahaya, telah membuka pintu kepada kegilaan misteri yang dipanggil ‘Multiverse.’

Untuk memulihkan dunia di mana segala-galanya telah berubah, Strange meminta bantuan sekutunya, Sorcerer Supreme Wong (Benedict Wong) dan Avengers terkuat, Scarlet Witch (Elizabeth Olsen). Tetapi, ancaman dahsyat yang menimpa manusia dan seluruh alam semesta tidak lagi boleh diselesaikan dengan kuasa mereka sahaja. Lebih mengejutkan, ancaman terbesar alam semesta kelihatan sama seperti Doctor Strange ….”

“Pengarah Sam Raimi, yang telah menyatakan pandangannya yang unik, akan menawan seluruh dunia dengan skala yang luar biasa dan pengalaman visual yang tidak pernah dilihat sebelum ini yang akan melangkaui masa dan ruang!”

Doctor Strange in the Multiverse of Madness dibintangi Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Stephen Strange dan Elizabeth Olsen sebagai Wanda Maximoff/Scarlet Witch. Mereka berdua turut disertai Chiwetel Ejiofor sebagai Baron Mordo, Benedict Wong sebagai Wong, Rachel Anne McAdams sebagai teman wanita Doctor Strange, Christine Palmer dan Xochitl Gomez sebagai Miss America. 

Sam Raimi (trilogi Spider-Man) menggantikan tempat Scott Derrickson sebagai pengarah, manakala lakonlayar ditulis oleh Michael Waldron (Loki).

Filem sekuel ini dijadualkan tayangan pada 6 Mei 2022. 

Related posts

Gambar “Enola Holmes 2” Goda Pandangan Pertama Filem Sekuel Netflix

Kakimuvee

Musim 3 One-Punch Man Telah Diumumkan

Kakimuvee

Trailer WEDNESDAY Goda Misteri, Kekacauan & Pembunuhan Untuk Siri Terbaru Netflix

Kakimuvee

Mark Ruffalo Ulas Potensi Filem “World War Hulk”, “Avengers: Secret Wars”

Kakimuvee

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment