Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Inhumans – Apa Yang Kita Patut Tahu?


Selain Avengers, X-Men, Fantastic Four dan Guardians of the Galaxy, antara karakter yang patut peminat-peminat Marvel tahu adalah Inhumans. Karakter tersebut tidaklah begitu popular dalam dunia cinematic kerana ianya baru diperkenalkan, tetapi dalam dunia komik, Inhumans adalah antara karakter paling penting dalam dunia Marvel.

Mereka banyak terlibat dalam beberapa event besar yang melibatkan crossover diantara karakter-karakter Marvel yang lain serta mempunyai kisah mereka yang tersendiri.

Siapakah Inhumans?

Secara lahiriah, Inhumans ini berketurunan manusia. Seperti mutant, golongan manusia yang mempunyai gen yang abnormal berbanding manusia biasa, Inhumans juga mempunyai gen yang abnormal. Bagaimanapun kejadian mereka tidak seperti mutant, mereka adalah hasil daripada eksperimen bangsa Kree jutaan tahun dahulu. Semasa perang di antara bangsa Kree dan Skrull. Kree mendapati planet Bumi mempunyai hidupan yang boleh digunakan oleh mereka untuk membuat eksperimen genetik bagi mewujudkan satu bangsa yang cukup kuat dan maju. Selain itu juga, tujuan mereka membuat ujikaji terhadap manusia ia bagi mencari jalan untuk mempertingkatkan abiliti bangsa mereka. Bangsa ini akan digunakan oleh mereka sebagai askar dan memerangi Skrull.

Bagaimanpun terdapat ramalan yang mengatakan eksperimen mereka akan menyebabkan anomali dan seterusnya akan memusnahkan bangsa Kree. Disebabkan itu, Kree telah meninggalkan eksperimen mereka ini. Bangsa yang dijadikan bahan ujikaji ini atau dikenali sebagai Inhumans kemudiannya membentuk satu masyarakat dan membangunkan teknologi-teknologi maju. Mereka juga menjalankan ujikasi terhadap diri sendiri dengan menggunakan mutagenic Terrigen Mist yang mampu mengubah sistem biologi mereka dan memberikan abiliti-abiliti luar biasa pada mereka.

Bangsa Inhumans ini diperintah raja yang dikenali sebagai Black Bolt serta kerabat-kerabatnya iaitu  Medusa, Karnak, Gorgon, Triton, Crystal, Maximus the Mad, dan Lockjaw.


Terdapat beberapa golongan diraja Inhuman menyertai pakatan superhero Bumi, sebagai contoh Crystal dan Medusa merupakan ahli kepada Fantastic Four manakala Crystal juga ahli kepada The Avengers.

Abiliti yang terdapat pada Inhumans

Bangsa Inhumans mempunyai abiliti yang berbeza-beza – sama seperti superhero Marvel yang lain, tetapi kebiasaannya, Inhumans memiliki kekuatan, kelajuan, durability melebihi manusia biasa. Terdapat Inhumans yang mampu terbang seperti Black Bolt, memiliki tahap IQ yang tinggi seperti Maximus dan macam-macam lagi. Bangsa Inhumans juga memiliki jangka hayat yang cukup panjang, mampu untuk hidup selama 150 tahun. Kebanyakkan mereka tinggal di tempat yang bebas dari pencemaran dan juga kuman. Mereka sukar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran planet Bumi

Inhumans vs Marvel Superhero.

Seperti karakter-karakter Marvel yang lain, Inhumans juga pernah berkonflik dengan beberapa kumpulan superhero yang lain. Antara yang paling terkenal adalah konflik di antara Inhumans dan X-Men serta penglibatan Inhumans dalam Civil War II.

Konflik diantara X-Men dan Inhumans disebabkan kerisauan bangsa mutant terhadap awan Terrigen milik Inhumans yang akan memberi kesan buruk kepada bangsa Mutant serta ingin membalas dendam terhadap kematian Cyclops yang dibunuh oleh Black Bolt. Awan Terrigen sangat penting bagi Inhumans bagi mewujudkan Inhumans yang baru, tetapi awan tersebut sangat merbahaya kepada bangsa mutant kerana ia akan menyebabkan mutant kehilangan abiliti mereka serta boleh menyebabkan mereka terbunuh.

Dalam Civil War II, dua kumpulan superhero iaitu kumpulan Captain Marvel dan kumpulan Iron Man bergaduh sesama sendiri kerana seorang Inhumans, Ulysses Cain mampu meramal masa hadapan. Iron Man yang enggan mempercayai ramalan masa hadapan oleh Ulysses Cain telah menculik Inhumans tersebut sehingga menyebabkan Inhumans menyerang Stark Tower. Captain Marvel yang percaya pada abiliti pada Ulysses Cain bertindak menyelamatkan Inhuman tersebut dan menggunakan ramalan-ramalan yang dikeluarkan oleh Ulysses untuk menahan beberapa superhero, sesuatu yang tidak dipersetujui oleh Iron Man. Dalam event ini, Inhumans menyebelahi kumpulan Captain Marvel dalam memerangi kumpulan Iron Man yang terdiri daripada the Avengers serta X-Men yang diketui oleh Magneto.

Inhumans & Infinity War

Inhumans juga terlibat dalam Infinity War apabila tempat tinggal mereka, Attilan diserang oleh Thanos dan tentera-tenteranya iaitu Black Order. Tetapi serangan Thanos bukanlah untuk mencari batu infinity, sebaliknya mahu menuntut “kepala” golongan muda Inhuman dalam lingkungan umur 16 sehingga 22 tahun. Black Bolt kemudian mendapati, permintaan Thanos itu sebenarnya mahu menutup rahsia sebenar Thanos yang mahu memastikan anaknya, Thane (Thanos tidak diketahui lokasi dan identiti sebenar anaknya itu) yang berketurunan Inhumans mati.

Inhuman – Siri TV

Pada mulanya, Marvel Studio mahu merancang untuk hasilkan sebuah filem Inhumans yang bakal ditayangkan pada 2 November 2018. Karakter Inhumans diperkenalkan dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) menerusi siri TV  Marvel’s Agents of S.H.I.E.L.D Musim kedua. Kemudian pada April 2016, Marvel menarik balik perancangan mereka untuk hasilkan filem Inhumans – berita yang begitu mengecewakan buat peminat Marvel.

Bagaimanapun, President Marvel Studio membayangkan Inhumans mungkin akan muncul dalam bentuk siri TV atau mungkin akan muncul sebagai sebuah filem fasa keempat MCU. Sejurus selepas itu, Marvel Televisyen dan IMAX Corporation mengumumkan Inhumans akan ke udara selama lapan episod dalam bentuk siri televisyen dengan dua episode awal akan ditayangkan di pawagam IMAX. Siri TV Inhumans bukanlah spin-off dari siri Marvel’s Agents of S.H.I.E.L.D dan juga tidak akan berkait dengan filem-filem Marvel, tetapi mereka tetap dalam “Universe” yang sama.

Jadi untuk melihat crossover diantara Inhumans dalam mana-mana filem Marvel dan siri TV Marvel adalah mustahil (buat masa sekarang). Walaupun Inhumans terlibat dalam Infinity War (versi komik), anda dinasihatkan tidak berharap mana-mana karakter Inhumans akan muncul dalam filem Infinity War akan datang.

Siri tv Inhumans ini mengisahkan kerabat diraja Inhumans terpaksa melarikan diri ke kepulauan Hawaii selepas rampasan kuasa tentera berlaku ditempat tinggal mereka, Attilan. Kemungkinan besar, siri tv ini diadaptastikan dari siri komik Inhumans Vol. 2 yang diterbitkan sebanyak 12 siri dari tahun 1998 sehingga 1999. Siri pertama Inhumans Vol. 2 menceritakan bagaimana kerabat diraja Inhumans yang diketuai oleh Black Bolt digulingkan oleh abangnya, Maximus the Mad hasil bantuan dari militia Portugis.

Antara karakter-karakter Inhumans yang akan muncul dalam siri TV ialah:

  • Black Bolt
  • Medusa
  • Maximus
  • Karnak
  • Gorgon
  • Crystal
  • Auran
  • Triton
  • Louise
  • Lockjaw

Jangan lupa untuk tonton episod awal Inhumans yang akan ditayangkan di pawagam IMAX pada 31 Ogos ini.


Related posts

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Kos Pembikinan Musim 2 Loki Mencecah AS$141.3 juta

Kakimuvee