Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Inhumans Akan Kembali Ke MCU Dengan Pelakon Baru

Didalam dunia yang berlainan, peminat Marvel sepatutnya dapat menyaksikan filem Inhumans yang sepatutnya ditayangkan pada bulan lalu. Namun, dalam realiti sebenar, filem yang dirancangkan itu telah diubah menjadi sebuah siri televisyan yang gagal, dan tempatnya diganti filem Avengers: Endgame. 

Siri televisyen Inhumans hanya dapat bertahan selama satu musim sahaja sebelum stesyen penyiar ABC membatalkan musim kedua disebabkan respon yang sangat negatif dari peminat dan juga para pengkritik.

Namun, ia tidak bermakna salah satu bangsa dalam komik Marvel itu pupus selama-lamanya dalam dunia ‘live action’.

Menurut laporan dari laman MCU Cosmic, masa depan Black Bolt dan Royal Family dalam MCU masih lagi cerah, dan dijangka akan kembali ke skrin kecil atau layar perak selepas Ms. Marvel dan Celestials diperkenalkan dengan sempurna dalam MCU. Laporan itu juga turut menyebut, Inhuman mungkin akan di’reboot’, manakala pelakon-pelakon lama akan disingkirkan dan diganti dengan pelakon baru.

Setakat ini pihak Marvel Studios masih belum mengumumkan mengenai karakter Inhuman dalam MCU, tetapi peminat boleh menjangkakan mereka akan kembali ke pementasan ‘live action’, lebih-lebih lagi selepas Marvel kehilangan permata mereka iaitu Spider-Man.

Jadi kepada peminat-peminat filem Marvel, adakah anda mahu Inhumans terus diangkat ke layar perak, atau dikaca televisyen terlebih dahulu? kongsikan pendapat anda.

Sumber: MCU Cosmic

Related posts

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee

Pelakon Darth Vader, David Prowse Meninggal Dunia

Isqandar

Spider-Man 3: Alfred Molina Kembali Sebagai Doctor Octopus?

Kakimuvee

“Godzilla vs. Kong” Mungkin Akan Ditayangkan Terus Ke Laman Streaming

Kakimuvee

Mads Mikkelsen Sah Ganti Johnny Depp Dalam Filem “Fantastic Beasts 3”

Kakimuvee

Sekuel “Extraction” Akan Mulakan Produksi Pada 2021

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating