Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Infinity War: Siapakah Yang Memiliki Reality Stone?

Dalam artikel yang kami keluarkan beberapa jam selepas trailer Avengers: Infinity War ditayangkan, kami ada menyatakan bahawa Thanos mungkin telah memiliki beberapa batu infinity. Ini berdasarkan dari trailer rasmi dan trailer yang telah dibocorkan beberapa hari sebelum trailer rasmi dilancarkan.

Dalam trailer rasmi, ia jelas menunjukan Thanos sudah memiliki dua batu infinity iaitu Power Stone yang dijaga oleh Nova Corps (dalam filem Guardians of the Galaxy) dan Space Stone selepas Tesseract diserahkan oleh Loki (juga ditunjukkan dalam trailer).

Manakala dalam trailer yang dibocorkan, terdapat satu babak yang menunjukan Thanos telah mendesak Taneleer Tivan aka The Collector untuk menyerahkan sesuatu yang sangat berharga kepadanya – dipercayai Reality Stone. Ini disebabkan The Collector merupakan penjaga kepada batu infiniti tersebut selepas ianya diserahkan oleh Asgardians dalam filem Thor: The Dark World.

Kami tidak dapat mendengar suara dalam trailer tersebut (kerana trailer itu telah dinyahbunyikan). Jadi kami tidak tahu apakah yang dibualkan oleh Thanos dan The Collector. Jadi kami beranggapan bahawa Thanos berjaya mendapatkan Reality Stone dari The Collector. Bagaimanapun, kami telah menerima satu klip video tanpa nyahbunyi yang mendedahkan status sebenar Reality Stone yang dijaga oleh Taneleer Tivan aka The Collector, dan klip tersebut menunjukkan sebaliknya.

Avengers Infinity War Leaked Trailer

Amaran! Spoiler Infinity War dibawah!

Mari kita tonton dan baca dialog diantara Thanos dan The Collector seperti yang ditunjukkan dalam klip video tersebut.

Collector: “I don’t have it.”

Thanos: “The reality stone. Now,” sambil memijak dada Tivan dengan bootnya

Tivan: “I told you… I sold it,” Tivan bersumpah sambil sukar untuk bernafas.

Tivan: “Why would I lie?”

Thanos: “So you do understand,” “Not even you would surrender something so precious.”

Tivan: “I didn’t know what it was.”

Thanos: “Then you’re more of a fool than I took you for.””Last chance, charlatan. Where’s the stone?”

-Tamat-

Dari apa yang diberitahu oleh The Collector dalam klip trailer tersebut, ia mendedahkan bahawa dia tidak lagi menjaga batu Infintiy berwarna merah itu kerana telah menjualkannya kepada orang lain. Jadi Thanos mungkin masih belum memiliki Reality Stone dan pemilik Reality Stone kini menjadi misteri. Kita dapat ketahuinya nanti semasa tayangan filem Avengers: Infinity Wars yang bakal ditayangkan pada 4 May 2018

Related posts

[VIDEO] Nama Thanos Disebut Dalam ‘Deleted Scene’ Eternals

Kakimuvee

12 Filem & Siri TV Superhero Paling Menarik Tahun 2021

Kakimuvee

13 Filem Bencana Yang Anda Boleh Tonton Di Perkhidmatan Streaming

Kakimuvee

[SPOILER] Hawkeye: Makna Disebalik Angka 19 Pada Jam Tangan Rolex Milik Laura Barton

Kakimuvee

3 Sebab Kenapa Anda Perlu Menonton ‘The Silent Sea’

Kakimuvee

Sebelum Memulakan Musim Kedua, Mari Kita Imbas Kembali Pengakhiran “The Witcher S1”

Kakimuvee

Leave a Comment