Selepas kehilangan Mjolnir yang dimusnahkan Hela dalam filem Thor: Ragnarok, Thor telah pergi ke Nidavellir bersama-sama Rocket Raccoon dan Groot untuk membuat senjata barunya.
Senjata yang digelar Stormbreaker tersebut telah dihasilkannya bersama-sama raja Dwarf iaitu Eitri.
Seperti yang kita tonton dalam filem Avengers: Infinity War, Thor telah menggunakan senjata barunya itu dalam ‘Battle of Wakanda’ dan berjaya membuatkan penceroboh melarikan diri. Malah Stormbreaker itu juga hampir berjaya membunuh Thanos. Jadi sejauh manakah kehebatan senjata terbaru Thor itu dalam filem Avengers: Infinity War?
Seperti Mjolnir, Stormbreaker juga dengan menggunakan meneral yang dikenali sebagai ‘uru metal’. Mineral tersebut mempunyai karakteristiknya yang unik seperti mampu menyerap dan memanipulasi tenaga terutamanya kuasa magik. Malah ia juga seringkali digunakan oleh pahlawan-pahlawan Asgard untuk menghasilkan senjata baru mereka.
Selain itu juga, Stormbreaker juga boleh memberi kesan menyembuh kepada Thor. Ia berdasarkan situasi yang dihadapi oleh Thor apabila selesai menempa Stormbreaker. Adiwira tersebut mengalami kecederaan parah selepas terdedah kepada tenaga dari bintang di Nidavellir. Bagaimanapun, kecederaan Thor pulih serta merta sejurus sahaja dia memegang senjata barunya itu.
Stormbreaker juga turut memiliki kelebihan yang tiada pada Mjolnir, ia kemampuannya untuk menghasilkan Bifrost dan seterusnya menjadi laluan kepada Thor untuk bergerak ke alam lain. Stormbreaker juga dilihat mampu mempertingkatkan abiliti yang ada pada Thor. Ketika beraksi dalam pertarungan di Wakanda, kita boleh lihat kehebatan dan kuasa Thor sangat berbeza berbanding dalam filem Thor: Ragnarok dan filem-filem sebelumnya.
Menurut pembuat senjata itu, iaitu Eitri. Strombreaker dicipta khas untuk menumpaskan Thanos. Ternyata apa yang dikatakan Eitri itu benar apabila Thanos hampir-hampir terbunuh Thor. Pancaran tenaga yang dikeluarkan dari 6 Infinity Stone gagal menghalang Stormbreaker dari menuju tepat ke dada Thanos. Jadi ini menunjukkan, Stormbreaker merupakan senjata yang sangat berkuasa, dan kemungkinan lebih hebat dari kesemua Infinity Stone.