Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Infinity War Mungkin Filem Paling Panjang Dalam Sejarah MCu


Pengarah filem The Avengers: Infinity War, Joe Russo berkata, filem arahannya bersama Anthony Russo mungkian akan menjadi filem paling panjang dalam sejarah Marvel Cinematic Universe (MCU). Beliau berkata demikian selepas ditemuramah dengan wartawan Collider.

Setakat ini, filem Infinity War berdurasi 2 jam 30 minit dan menurutnya lagi, masih terdapat beberapa babak yang mungkin akan dimasukkan kedalam filem berkenaan.

“The current cut is over two and a half [hours]… Most of it’s a movie you could show, but there’s still a lot of work left to be done, I still have a couple of scenes that we haven’t finished from Avengers 3 that I’m shooting in the next few months with my brother, and it’s certainly gonna be a film that lives in the two and a half hour, two and a half hour-plus range.”

Russo berkata, pertembungan diantara Mad Titan Thanos menentang superhero Marvel menjadi sebab utama kenapa filem arahannya mungkin memiliki durasi tayangan yang cukup panjang.

Beliau juga berkata, sekual Infinity War yang turut diarahkan oleh beliau juga akan mempunyai durasi tayangan yang sama dengan filem Infinity War dan sekirannya kedua-dua ditayangkan sekali gus, durasi tayangan kedua-dua filem berkenaan akan berjumlah 5 jam.

“It’s hard to say because we haven’t shot it yet, but I think again because these are complex movies with a lot of characters, it’s hard to imagine — now look at me I’ll look like an idiot in a couple of months when it’s two hours and twenty minutes, but it’s hard to imagine these movies being short films,” – Russo

Infinity War akan ditayangkan pada 4 May 2018 dan akan dibintangi oleh Robert Downey Jr., Josh Brolin, Mark Ruffalo, Tom Hiddleston, Chris Evans, Chris Hemsworth, Jeremy Renner, Chris Pratt, Elizabeth Olsen, Sebastian Stan, Benedict Cumberbatch, Paul Bettany, Samuel L. Jackson, Cobie Smulders, Benedict Wong, Zoe Saldana, Karen Gillan, Vin Diesel, Dave Bautista, Bradley Cooper, Pom Klementieff, Scarlett Johansson, Benicio del Toro, Tom Holland, Anthony Mackie, Chadwick Boseman, Danai Gurira, Paul Rudd dan Don Cheadle.



Related posts

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Kos Pembikinan Musim 2 Loki Mencecah AS$141.3 juta

Kakimuvee

Trailer Loki Musim 2 Pecah Rekod Disney+

Kakimuvee

Marvel Studios Lancarkan Trailer Terbaru ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Guardians of the Galaxy Vol. 3 Akan Tersedia Di Disney+ Hotstar Pada Ogos Ini

Kakimuvee