Ramai peminat filem-filem Marvel tahu yang mereka sudah menayangkan trailer rahsia filem The Avengers: Infinity War di Expo D23 baru-baru ini. Trailer tersebut hanya ditayangkan khas kepada penonton yang hadir ke expo tersebut dan tidak akan terdapat dimana-mana capaian online termasuk Youtube.
Disebabkan trailer tersebut menjadi rahsia besar kepada Marvel Studio, banyak laman-laman hiburan yang hadir ke expo telah menulis penerangan terperinci mengenai footage tersebut. Jadi kami di Kakimuvee akan cuba ringkaskan penerangan mereka semampu yang kami boleh.
1 Thor dan Guardians of the Galaxy
Kedua-dua superhero galaksi ini bertemu secara tidak sengaja apabila Thor terlanggar kapal angkasa yang dinaiki oleh anggota Guardians of the Galaxy. Thor pada masa itu memakai pakaian Gladiator seperti yang dipakai olehnya dalam filemĀ Thor: Ragnarok. (Ini menggambarkanĀ event Infinity War berlaku sejurus tamatnya filemĀ Thor: Ragnarok).
Thor dibawa masuk Guardians of the Galaxy ke dalam kapal angkasa mereka dan dikejutkan oleh Mantis. Mungkin ia menjadi pertemuan pertama diantara The Avengers dan Guardians of the Galaxy dalam filem ini.
2. Spider-Man: Spider-sense, sut baru serta kegagalannya menghalang Thanos
Jika sebelum ini, penonton tidak dapat melihat salah satu kuasa terhebat Spider-Man iaitu Spider-Sense dalam filem Homecoming,Ā untuk filem kali ini, abilitinya itu telah ditunjukkan kepada umum dalam trailer Infinity War. Spider-sense adalah satu abiliti yang terdapat pada Peter Parker dimana ia dapat mengesan bahaya sebelum ianya terjadi.
Difahamkan juga, kemunculan Spider-Man dalam Infinity War dilihat agak menarik. Beliau akan memakai sut Iron Spider untuk berhadapan dengan Thanos dan konco-konconya.
Cuma, dalam trailer tersebut Spider-Man mengucapkan sesuatu kepada Tony seperti meminta maaf dan sedang menahan sakit, mungkin gagal membantu The Avengers dan Guardians of the Galaxy untuk menghalang Thanos.
3.Negara Wakanda menjadi sasaran Thanos?
Trailer itu juga ada menunjukkan footage yang memaparkan tentera Wakanda disertai dengan Bucky Barnes serta Captain America (dan mungkin juga Black Panther). Adakah Wakanda akan menjadi sasaran Thanos? terdapat rumor yang mengatakan salah seorang anggota Black Order akan datang ke negara tersebut dalam misi mencari Infinity Stone.
4. Loki berpihak kepada Thanos
Babak Loki dalam footage tersebut dilihat sangat menakutkan. Telah menyerahkanĀ Tesseract kepada seseorang yang memiliki tubuh badan yang tinggi serta membuat kekacauan di Bumi. Mungkin dia menyerahkan Tesseract kepada salah seorang anggota Black Order atau Thanos sendiri. Well misi dia berjaya kali ini.
5. The Avengers, Doctor Strange, Guardians of the Galaxy dan Spider-Man bergabung untuk mengalahkan Thanos.
Dalam footage trailer itu juga ada memaparkan semua superhero Marvel sedang bersiap sedia untuk berhadapan dengan Thanos, dan mereka bukan sahaja bertarung di Bumi malah disebuah Planet Asing. BTW, dalam footage tersebut, mereka kelihatan seperti takut dan sukar untuk menghalang kemaraan Thanos dan konco-konconya.
6. Thanos memiliki dua Infinity Stone
Di penghujung trailer tersebut, ia memaparkan Thanos cuba menarik Bulan dengan menggunakan Infinity Gauntlet. Terdapat dua batu Infinity pada Gauntlet tersebut iaitu Power Stone dan Space Stone (Tesseract yang diserahkan oleh Loki kepada seseorang dalam trailer tersebut).
Itulah gambaran awal yang kita tahu sebelum tayangan sebenar filemĀ The Avengers: Infinity War.Ā Pengambaran untuk filem tersebut sudah selesai pada Jumaat yang lalu dan mereka kini sedang menumpukan pula untuk pengambaran filemĀ Avengers 4Ā yang masih belum mempunyai tajuk rasmi.
Oh yer, sebelum kami terlupa, mungkin spoiler untuk filemĀ The Avengers: Infinity War,Ā Kevin Feige ada mendedahkan Drax mungkin dapat mengalahkan Thanos.