Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Indiana Jones 5 Tetap Diteruskan, Penulis Kongsikan Perkembangan Terbaru

Peminat Indiana Jones terpaksa menanti hampir 19 tahun untuk menyaksikan filem sekuel Kingdom of the Crystal Skull, dan walaupun filem keempat itu berjaya mencatatkan kutipan hampir $800 juta dolar dipentas box office, penerimaan peminat terhadap filem tersebut amat mengecewakan.

Meskipun kurang digemari peminat, filem kelima tetap dirancang. Polisi Disney sebaik sahaja berjaya memiliki Lucasfilm, jika francais itu dapat memberi keuntungan, ianya akan tetap diteruskan.

Indiana Jones 5 secara rasminya diumumkan pada Mac 2016, namun pembangunan filem tersebut berhadapan dengan sedikit masalah apabila beberapa penulis telah bertukar sehingga berlaku beberapa perubahan tarikh tayangan. Selain itu juga, keengganan Steven Spielberg dan pelakonnya Harrison Ford untuk memberi sebarang komen mengenai filem kelima Indiana Jones menimbulkan lebih banyak spekulasi mengenai masa depan filem tersebut.

Dalam perkembangan terbaru, penulis skrip filem Jurassic Park dan Crystal Skull, David Koepp telah memberikan sedikit kemaskini mengenai filem Indiana Jones 5. Menurutnya, mereka kini kembali mengusahakan skrip filem, dan mempunyai idea yang bagus.

“I’m working on it again. We’re still trying. And I think we’ve got a good idea this time. We’ll see.”

Koepp telah terlibat dengan projek Indiana Jones 5 sejak dari awal lagi, dan kemaskini yang diberikanya mungkin sekadar untuk mengaburi peminat memandangkan mereka mungkin ketiadaan idea untuk hasilkan filem kelima francais ini.

Dengan Harisson Ford sudah mencecah 77 tahun, Indiana Jones 5 mungkin akan berhadapan dengan sedikit masalah terutamanya dari penerimaan peminat. Jadi kepadat peminat Indiana Jones, perlukah Disney / Lucasfilm menghentikan filem seterusnya, atau reboot semula francais Indiana Jones? kongsikan pendapat anda.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment