Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

INDIANA JONES 5 Terus Bermasalah, Penulis Skrip Undur Diri

Selepas tertunda selama beberapa tahun, Indiana Jones 5 terus dirundung masalah apabila penulis lakonlayar Spider-Man, David Koepp mengumumumkan pengundurannya dari barisan kreatif filem aksi penggembaraan itu.

Perbezaan idea kreatif menjadi faktor penggunduran David Koepp dari projek tersebut.

“When James Mangold came in…he deserves a chance to take his shot at it,”

 “I’d done several versions with Steven [Spielberg]. And when Steven left, it seemed like the right time to let Jim have his own take on it and have his own person or himself write it.”

Jonathan Kasdan dan Dan Fogelman telah ditugaskan untuk menulis skrip Indiana Jones 5 sebelum berundur, dan Steven Spielberg yang mengarahkan empat filem sebelumnya  turut mengumumkan pengunduran dari kerusi pengarahan atas sebab-sebab perbezaan idea kreatif.  Spielberg bagaimanapun masih lagi kekal sebagai penerbit.

Watak arkeologis Dr. Henry Walton “Indiana” Jones mula diperkenalkan dalam filem Raiders of the Lost Ark pada tahun 1981, dan meneruskan penggembaraannya menerusi filem Indiana Jones and the Temple of Doom (1984), Indiana Jones and the Last Crusade (1989) dan Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull (2008). Spielberg merupakan pengarah kesemua filem Indiana Jones, dan keseluruhan francais telah memberi pulangan lebih $2 billion dolar seluruh dunia.

Indiana Jones bakal menemui penonton pada 29 Jun 2022.

Related posts

Charlie Cox Dilihat Di Set Penggambaran “Spider-Man 3”!

Kakimuvee

Bintang-Bintang Besar Hollywood Sertai Filem Misteri Arahan David O. Russell

Kakimuvee

Chris Evans Dilaporkan Sedang Dalam Rundingan Untuk Kembali Sebagai Captain America

Kakimuvee

Bruce Willis Dihalau Dari Kedai Farmasi Kerana Enggan Pakai Pelitup Muka

Isqandar

Rowan Atkinson Tak Suka Watak Mr Bean

Isqandar

Ray Fisher Sahkan Dia Disingkir Dari Filem “The Flash”

Kakimuvee

Leave a Comment