Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

The Incredibles 2 Official Teaser Trailer Telah Dilancarkan.


Setelah berbelas tahun menunggu sambungan The Incredibles 2, akhirnya Disney dan Pixar bakal menayangkan filem animasi superhero keluarga itu pada tahun hadapan. Hari ini mereka telah melancarkan teaser trailer pertama dan juga poster rasminya hari ini. Anda boleh tonton trailer tersebut pada video dibawah.

Sekuel kali ini bakal memberi fokus kepada Helen aka Elastigirl, isteri kepada Bob aka Mr. Incredible. Bob akan menjadi suri rumah untuk menjaga bayi iaitu Jack-Jack manakala dua anak mereka Violet dan Dash meneruskan hidup seperti kanak-kanak biasa dan menjadi superhero.

Kehidupan berkeluarga mereka menyebabkan mereka lupa bahawa kuasa Jack-Jack semakin meningkat setiap hari. Sementara itu, seorang penjahat baru mula merencana rancangan jahatnya dan keluarga Incredibles bersama-sama Frozone (disuarakan oleh Samuel L. Jackson) terpaksa berkerjasama semula untuk menghalang niat penjahat tersebut.

The Incredibles 2 diarahkan oleh Brad Bird manakala suara-suara dalam filem ini dibawakan oleh Craig T. Nelson sebagai Bob, Holly Hunter sebagai Helen, Sarah Vowell sebagai Violet, Huck Milner sebagai Dash dan Samuel L. Jackson sebagai Frozone.

Incredibles 2 akan mula ditayangkan di pawagam US pada 15 Jun 2018



Related posts

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee

Teaser Argylle Pratoton Filem Pengintipan Arahan Matthew Vaughn

Kakimuvee